Eksperimen #02: Small Space Raised Bed for Planting



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Siaran tertunda.

Raised bed ditakrifkan sebagai menambah top soil (tanah subur) di atas lapisan tanah asal; boleh juga bercampur dengan tanah asal, sebagai tapak untuk menanam. Sangat sesuai sebagai alternatif sekiranya tanah asal kurang produktif, tak subur, bermasalah atau kerana memiliki kawasan menanam yang terhad. Raised bed boleh terdiri dari binaan diperbuat dari kayu, susunan batu atau freeform (tanpa sempadan/had), boleh juga berbentuk empat segi, bulat atau sesuka hati. Heheh.

Sumber di sini dan sini

Saya berminat dengan raised bed sebab seperti kebanyakan kawan-kawan di tanamsendiri, kawasan rumah saya juga dipenuhi dengan bermacam jenis batuan, sisa genting, besi berkarat serta bahan buangan binaan. Peti harta karun je belum pernah jumpa. Huhu.

Dan semestinya untuk lebih jimat dan penuh kasih sayang (haha), DIY raised bed guna PVC pulak kali ni. Kawasan terhad sangat antara dinding pagar dan longkang saliran, nak tambak tanah banyak-banyak macam rugi pula. Tak boleh nak tanam banyak pokok pun. Nak tambah batu atau kayu – kos lagi tu.

Jom Buat!

Perlukan bahan-bahan:
2 meter PVC tube/pipe berdiameter besar
2 meter PVC tube/pipe diameter kecil* (optional)
Gergaji
Tanah campuran
Baja organik
Anak pokok

Kaedah:

Potong pipe PVC setiap satu sepanjang 20cm (pendek sikit pun tak apa) 

Photobucket

Korek tanah seberapa dalam yang perlu. Kalau paip pendek tak perlu korek dalam sangat (bermakna tak perlu korek keluar batu banyak-banyak). Boleh juga diletakkan saja diatas tanah dan tambah tanah campuran.

Photobucket

Gaulkan tanah campuran dengan baja organik.

Photobucket

Tambah  tanah campuran. Sentiasa tinggalkan ruang antara rim paip PVC dan tanah anggaran 2-5cm. Tanam anak pokok dan cucuk paip PVC kecil  berhampiran anak pokok*.

Photobucket
 
*paip PVC kecil ditanam supaya bila saya nak tambah baja sisa ikan tak perlu tambah tanah campuran untuk elakkan dari berbau –  hindar kehadiran lalat dan kucing *urut dada bersabar*. Hanya perlu tuang baja dalam tiub kecil menggunakan corong.

 Photobucket

Saya baru sempat tanam 2 pokok jagung manis, masih ada 8 tiub yang belum digunakan. Nanti akan dipertimbangkan untuk trip akan datang.

Photobucket

Tengoklah hasil lubang kecil saya. Meriah kan?



8 ulasan:

  1. Rajinnya berkebun. Ada ye baja ikan? Nanti tak susah ke nak masukkan baja tu dalam paip kecik? Kena potong halus2 ke perut ikan tu? Saya suka jugak nak bertanam, tapi dok umah flet. Huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lyd: betul macam yang baguznet cakap tu. baja ikan tu adalah sisa perut ikan yang dikisar sekali dengan air. larutan tu bagus untuk dibuat baja, terutama sekali untuk sayur jenis berdaun.
      kalau rumah flet saya cadangkan guna pasu. boleh buat sendiri watering pot, atau tonggengkan je botol air mineral dengan menebuk lubang kecik di penutupnya kat dalam pasu. tak perlu siram selalu :)

      baguznet: saya rasa designnya boleh diperbaiki lagi. mungkin dengan menebuk beberapa lubang pada tiub kecil tu supaya baja yang dituang lebih sekata pada setiap aras tanah. saya tak berani nak guna drill :)

      Padam
  2. bagus jugak idea ni... tahniah juga....

    BalasPadam
  3. Wah, luar biasa idea ni :).. Wanisc, bila nak invent Pasu ala² Topsy Turvy pula? Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome Sir Syahmi :)
      tq singgah dan tinggal komen. saya dah sediakan bekasnya, tapi anak pokok tomato masih kecil lah, baru 1 inci tinggi dengan 4 helai daun. kena tunggu lah nampaknya :p

      Padam
  4. Wani sc beli kat mana paip pvc besar tu.. Sy cari kat hardware tempat saya ni tak de pun..

    BalasPadam
  5. Wani sc beli kat mana paip pvc besar tu.. Sy cari kat hardware tempat saya ni tak de pun..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...