Ehh, Cepatnya!




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Beberapa hari lepas saya terbaca update status oleh Maher Zain di facebook – 99 hari lagi Ramadhan (setelah diterjemah ye..heh) Tetiba rasa macam terkejut, “ aik, dah nak puasa ke?” huhu..cepatnya masa berjalan. Rasanya macam baru beberapa bulan lepas mencari baju raya, jahit baju kurung anak, jahit manik di lengan bajunya. Fuhh…

Hari ini sudah masuk Isnin, esok Selasa Pak Bujal dah nak balik. ‘Sekejap je dah 2 minggu’. Kalau dulu sebelum ada anak terasa macam ‘penantian satu penyeksaan’. Kan dah lain bunyinya tu. Kihkihkih. Agaknya bila dah banyak sangat aktiviti harian, hari-hari bergusti dengan anak ni dah tak terasa masa tu pantas je berlalu. Sayangnya saya banyak terlepas untuk catatkan banyak points penting dalam hidup kami sekeluarga. Mungkin perlu lebih rajin (atau perlu lebih garang sebab si kecik ni pantang tengok emaknya duduk depan laptop, mula la suruh buka tayangan video lakonan dia sendiri T___T)

Photobucket

Sara pot-pet jalan-jalan cari makan di Restoran Herba Nasuha

2 minggu ni pasti jadual saya kembali padat. Keluarga dah merancang nak ke Johor Bahru untuk kenduri arwah pakcik hari ke-100 pemergiannya ke Rahmatullah, suami sibuk nak uruskan sewa kereta dari adiknya, belum campur urusan kereta yang tak siap lagi di bengkel. Saya siap ugut bengkel tu siapkan cepat sebab dah tak tahan sangat nak pindah! Dah 6 bulan repair tak siap-siap, mana tak baran. Nak ke Rawang lagi; along the way belum tahu aral apa yang akan melintang.

Moga Allah permudahkan segala urusan kami. Ameen.

2 ulasan:

  1. As salammualaikum Wani, menanti pak bujal balik ye? Teringat masa kat forum kot, selalu juga wani rindu2an, ditinggalkan...haa..skrg dah ada si Sara pot pet tu, tak cukup kaki tgn buat keje?

    BalasPadam
  2. haha..iye lah kak fibie, sekarang ni dah ada kawan..sama pot pet macam maknya juga ;p

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...