BFC Lagi??



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Nah, percubaan kedua untuk Black Forest Cake saya.

Photobucket Photobucket

Photobucket

Ini baru lah kek ;p

Resipi ikut sini.

Walaupun frosting agak sememeh tapi saya sangat puas hati dengan hasilnya. Rasa sedap, rupa..er, boleh la..yang penting best!! Kuikuikui

Ganache

-200ml heavy cream (krim untuk memasak) – saya guna jenama Emborg
-200g coklat masakan 

Kaedah:
-Panaskan cream dalam periuk sampai hampir mendidih guna api perlahan.
  Masukkan coklat yang dipotong kecil.
-Tutup api dan gaul perlahan-lahan sampai semua coklat larut.
  Jangan sampai keluar air bubble pulak, kacau pelan-pelan je.

Tips:
:: Untuk frosting lebih baik sediakan sekurang-kurangnya dua kotak
   whipping cream.  Saya buat 1 kotak tak cukup, terpaksa buat ganache
   di sebelah atas untuk tutup kek.

:: Gunakan 3 sudu besar gula halus untuk setiap kotak = 6 sudu besar
   untuk 2 kotak (kalau guna jenis tawar. Saya guna jenama Arla yang tawar)

:: Pastikan besi pengadun dan bekas untuk mengadun kering dan bebas
   minyak. Boleh basuh dengan air suam/panas dengan sikit sabun sebelum dikeringkan.

:: Sebaik-baiknya besi pengadun dan bekas mengadun disejukkan terlebih
   dahulu sebelum memukul krim. Saya letakkan bekas dalam besen yang lebih
   besar yang mengandungi air sejuk berais. 

:: Jangan overbeat. Bila krim kelihatan kental, teruskan memukul perlahan anggaran
   5 saat supaya semuanya sebati, atau ia akan berubah menjadi cair dan
   tak dapat digunakan lagi.

:: Selepas krim dah kental terus simpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila sedia
   untuk dioles atas kek.


Photobucket

My assistant, tengah pow my shaved choc


Looking forward untuk percubaan ketiga pula :P~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...