Pokok ku Sayang



 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


 

2 minggu lepas saya sempat snap sikit gambar, konon nak buat perbandingan pada tanaman saya selepas ditinggalkan selama sebulan. Ada beberapa pokok yang nampak bermasalah semasa masih dalam pasu semaian. Contohnya anak pokok timun jepun ni.



Photobucket

Nampak pangkalnya menjadi lembut menyebabkan ia tumbang. Mungkin baru juga berlaku sebab daunnya masih hijau dan saiznya juga tak jauh beza dengan adik-beradiknya yang lain.

 
Setiap jenis benih memang saya semai 3 butir saja, supaya lain kali boleh diulang tanam bila berkesempatan. Sekarang ni 'kebun' masih belum boleh diurus sepenuhnya. Kiranya ini adalah 'tayangan premiere' je, mana tau kalau-kalau ada silap kat mana-mana boleh diperbetulkan di lain semaian.


Sempat saya pindahkan 3 anak pokok bunga matahari, 1 anak pokok bendi singa, 2 anak pokok timun jepun, 1 pokok bunga telang - semua tanam di polibeg. Manakala 2 anak pokok jagung manis saya tanam dalam bekas PVC (raised bed).

Photobucket

Dari kiri: bendi singa, bunga telang dan 3 pokok sunflower 

Photobucket

  Anak pokok timun jepun (dalam polibeg), semaian tomato, bayam dan sawi

Dengar kata Selangor sekarang selang sehari hujan, so dapat la minum anak-anak mummy ni harapnya. Kesian la korang ek. Jangan kena kais dengan kucing comel-tapi-hampeh tu sudah lah.



4 ulasan:

  1. Mcm2 dia tanam. Ada sayur, ada bunga. Mcm main farmville dah ni. heheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. no-no saya tak pernah main farmville (jari telunjuk ke kanan ke kiri) tapi saya suka tanam cendawan dan sunflowers dalam Plants vs Zombies! rawkkk! heheheh

      Padam
  2. saya juga macam nak bunuh ja kucing2 liar yg suka bg tbalik pasu...kejam tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh..jangann!! huhu
      kucing-kucing yang singgah kat rumah saya tu ada tuannya, betul2 depan rumah saya.. T___T

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...