Resipi: Black Forest Cake



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Isnin lepas saya dan suami kelam kabut nak menguruskan hal anak dan keperluan saya sebelum dia outstation. Sara perlu buat pemeriksaan untuk anak berusia 2 tahun, dan saya bercadang untuk tanggalkan implant dan berbelanja barang dapur. Jenuh juga mencari klinik yang boleh tanggalkan implant tu sampai ke sudah terpaksa cancel je, tunggu Pak Bujal balik 2 minggu lagi. Huhh..

Tapi dalam kelam kabut tu boleh pulak terserempak kedai menjual barangan kek. Perghh, memang rasa nak pitam kejap. Seronok bukan main! Hahaha. Cari-cari di internet resepi yang best-best sikit, yang ramai orang review kata sedap. Akhirnya jumpa la resipi ni yang dah banyak kali diulang salin di merata blog. Sumber saya di sini. Sila klik untuk maklumat lanjut.

Oleh kerana sambutan orang di rumah ni kurang memberangsangkan semasa saya buat RVC yang lepas, kali ni saya buat kek kecik je. Buat setengah adunan dan guna 2 loyang 6 inci. Hambik!

Black Forest Cake

Bahan-bahan:
120g gula kastor (gula pasir dikisar halus)
100g tepung gandum (saya guna tepung superfine + baking powder*)
20g serbuk koko
4 biji telur
10g ovalette
20g air (saya guna air sejuk yang telah dimasak)
1 sudu kecil esen vanilla
20ml minyak jagung 

*kalau buat guna sukatan ni masukkan 1 sudu kecil, saya buat
  separuh sukatan so, letak anggaran ½ sudu kecil je.

Cara-cara:
- Campurkan kesemua bahan kecuali minyak.Putar pada kelajuan tinggi selama 
  10-15 minit.
- Perlahankan putaran, masukkan minyak.
- Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit.
  (saya guna loyang 6 inci, suhu 1500C selama 15minit. Bergantung pada oven ye)
- Sejukkan kek, potong 2 lapisan. Letak krim dan filling yang digemari.
  (saya buat 2 keping, tak payah belah)
- Naikkan kek atas lapisan yang telah dikrim tadi dan sapu semua bahagian kek dengan krim.
- Hiaslah mengikut citarasa.

Frostingnya saya guna whipping cream je.

Whipping Cream Frosting

-1 kotak kecil whipping cream
-¼ cawan gula (saya tak suka manis, hasilnya frosting agak kurang kental)

Kaedah:
-Pukul whipping cream sampai gebu dan masukkan gula. Jangan overbeat. Siap.
-Saya selang-selikan frosting dan blueberry filling dalam bentuk bulatan
  antara 2 keping kek.


Photobucket

Saya tak hias sangat pun sebab kek terlalu kecik dan rasanya macam sekejap je dah habis. Huhu. Keseluruhannya, resepi ni sangat bagus. Sangat sangat sangat. Dah la senang, sedap pulak. Rasanya sangat hampir dengan kek harijadi yang dijual di bakeri. Siap ada permintaan suruh buat lagi sebab tak cukup. Padan muka!

Photobucket

Dalam masa terdekat ni saya pasti akan buat lagi. Tapi guna 1 adunan dan buat dalam 2 loyang 6 inci juga, baru kek tinggi sikit. Hehehe. Yummmyyy…..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...