Musim Kilat


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Dalam 2 hari ni dah 2 kali saya dengar kes disambar petir/kilat. Kes pertama bilamana seorang lelaki yang ingin membantu sebuah keluarga yang mengalami kerosakan kereta di tepi jalan, menggunakan telefon bimbit untuk meminta bantuan dan akibatnya menjadi mangsa panahan petir. Dia rebah dan dibawa ke hospital.

Kes kedua pula hari ini diberitakan sekumpulan pelajar yang mengikuti kursus di tapak perkhemahan di Melaka, terkena ‘percikan’ kilat menyebabkan 15 orang dikejarkan ke hospital. 

Apa yang korang buat bila ada petir/kilat di rumah? Buat biasa-biasa, tengok tv, online internet, call kawan, hantar SMS? Dulu mungkin saya pun macam tu juga, tapi sekarang tidak lagi. Huhuhu.

Saya sendiri ada pengalaman disambar kilat, mungkin hanya percikan juga tapi ia memang satu pengalaman yang menakutkan! Rasanya seperti satu tumbukan kuat di dada, pandangan menjadi putih dan rasa seram sejuk – semuanya berlaku dalam beberapa saat sahaja. 

Pada masa itu saya masih di dalam pantang, anak kecil tidur di katil. Saya sedang memegang periuk nasi elektrik yang saya sudah off suis nya tapi masih melekat di basenya, konon nak makan la. Tiba-tiba nampak cahaya merah di depan tingkap yang bertutup, pada masa itu juga saya tersentak. “Ya Allah, aku kena sambar kilat ke??”. Dengan tangan menggeletar saya berlari keluar mendapatkan mak dan abah, baru lah dentuman kuat kedengaran. Memang terasa dada berdegup kuat, tangan berpeluh, tak tau nak cakap apa. Saya lari ke bilik tengok anak masih nyenyak tidur. Hanya Tuhan yang tau perasaan saya masa tu. Syukur sangat sebab biasanya anak saya asyik nak dipegang sepanjang masa. Bayangkan kalau pada waktu tu dia ada dalam dakapan saya. Iskkk…

Malam tu kami sibuk mencari senduk nasi plastik yang saya pegang semasa kejadian, langsung tak sedar bila masa ia terlepas dari tangan dan terpelanting ke mana. Akhirnya mak jumpa di bawah almari dengan seketul nasi. Hahaha.

Ditakdirkan, bukan saja di rumah mak abah saya yang kerap berlaku kilat dan petir yang lebat dan lazat, tapi di rumah sendiri di Rawang even worse! Minggu lepas semasa stay di BTP, kilat menyambar dengan guruh berdentum terasa betul-betul di depan tingkap bilik, gemuk-gemuk pancaran kilat tu. Ish, memang saya duduk diam-diam dan rasa nak berselubung dalam selimut je. Yang bestnya boleh pulak saya bermimpi meteorite melanda bumi dengan sound effect yang begitu real thanks to dentuman guruh kerana menjadikan mimpi saya sangat real dan natural. (I wonder how the story timeline is always right with the noisy sound outside??)

So, sesiapa yang dah baca entri saya kali ni tolonglah lebih berhati-hati semasa kilat/petir melanda. Negara kita mungkin selamat dari gempa dan gunung berapi, tetapi kilat juga adalah salah satu fenomena alam yang boleh membunuh. Hadkan penggunaan barang elektrik semasa kilat melanda terutama sekali gadget on hands. Ini seriusss…

p/s: Who says that lighting don’t strike the same place twice? It’s just idiom. Believe me.


2 ulasan:

  1. Takutnya baca entry ni. Saya mmg fobia dgn kilat dan petir ni walaupun tak pernah tgk bebola api gemuk tu. Masa saya kecik dulu pernah la petir menyambar kedai makan ayah saya. Pagi esoknya tgk semua cawan dah jatuh pecah jatuh ke lantai, tv rosak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun tak nampak bebola tu Lyd, tapi effect dia memang mengerikan la..arghhh!

      dulu masa adik-adik saya kecik, dorang suka main hujan. sekali kilat menyambar besi tangga kat luar rumah, siap bebola api warna merah memercik kat sebelah adik bongsu (masa tu dlm 4 tahun). walaupun tak kena orang tapi kesannya sebelah telinga adik tu kurang dengar sampai la dia sekolah menengah. bahaya woo. lagi la kalau umah atas bukit macam kat sini

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...