Perosak


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hari ni saya berada di Batu Pahat, rumah mertua. Tak banyak sangat nak cerita. Ni sementara tunggu anak dan suami bangun tidur petang, masuk sikit gambar. Laju wey internet kat Batu Pahat! Petang ni nak balik Pagoh, sure rasa malas nak online sebab internet kat sana laju sikit je dari siput. Streamyx yang dah ditempah masuk kat Rawang masih belum boleh beroperasi sebab nak tarik wayar masuk rumah sangkut pulak, ruang kabel bawah tanah tersumbat. Nak kena korek apa lah. Duit juga tu. Nak pasang yang jenis tiang tu laaagi banyak duit. Haaaaiahhh….

Cerita pasal kebun pulak. Ni la rupa beberapa perosak (pests) yang dapat saya tangkap dan musnah.

Photobucket

Pokok cili besar yang tiba-tiba patah, rupanya
bukan 'tiba-tiba'


Photobucket
Makan daun kailan dengan pantas. Tak kesian kat
orang yang menanam tu langsung tak rasa lagi. Huhu

Photobucket

Jenis yang sama makan daun jagung manis

Photobucket

Yang ni tak pasti pulak apa kemusnahannya.
Semalamnya kat pokok jagung sebelah

Photobucket
Gambar lama. Jenis perosak yang paling biasa jumpa atas pokok limau purut/kasturi.
Dalam masa sehari boleh togel pokok dikerjakannya

Sebelum bertolak sempat la round-round sekejap.

Photobucket

Tu bendi. Tu bendi (buat gaya Wonderpets)

Photobucket

Pokok russet potato yang cepat je tinggi. Baru earthing
Lepas ni nak stop masuk tanah untuk PVC yang bawah tu

Sebenarnya letih juga ni baru balik beli kain untuk langsir, nak raya la katakan. Jahit sendiri je, design asal boleh. Haha. Baju Raya pun tak cari lagi. Selamat bercuti! :D


18 ulasan:

  1. Ooo kat Batu Pahat rupanya. Ha elok la tu, beli kain kat BP lagi murah berbanding kat bandaraya ni.

    **Ulat ni pun satu, suka sgt makan apa yg kita nk makan, cuba la dia makan rumput je kan senang. Takyah kita susah2 nak upah org tebas rumput kat laman kita kan..hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tahan murah juga MM kat kedai baru yang gah kat jalan kluang tu. kedai besar dekat-dekat McD tu rasa macam ramai sangat 'salesperson'nya. rimas mak!

      kalau la ulat-ulat tu nak makan rumput boleh jugak saya tambat barang seko dua kat tiang depan. huhu

      Padam
  2. eee..ganasnye..ngeri tengok yg.hitam gebu2 tu.
    Tabahkan hati, cabaran pd.hobby kita..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan setakat potong pokok cili, malah potong saya punya mood la Puteri Purnama. baru plan baekk punya nak alih pokok cili besar tu. dah la pokok tu yang paling gemuk T___T

      Padam
  3. Amboi...bermaharajalela mereka ni....akk takut spesis gini, konpem akk spray ridsect:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak sempat nak spray dah kak fibie. saya %*&*#@* je <--- terlalu ganas untuk mention. huhuhu

      Padam
  4. nyumnyum sedap dia ratah ye.. ada juga yg sama spesis kat tempat saya ni. kalau kena memang miang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang berbulu warna kuning tu kan herny? sekarang tengah musim kot, banyak sangat. baru je hapuskan sekor tadi. dah gemuk!

      Padam
  5. buat masa ni saya baru jumpa yang dekat pokok limau tu... Saya guna pokok pudina sebagai buddy. Tapi bila pucuk dia jauh sikit dari pudina haruslah jadi mangsa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ulat yang macam 'bird poop' tu Nudabuffy rasanya bila dah besar dia jadi warna hijau kan? tapi tak sempat nak tengok fasa kepompong sebab banyak burung tiung yang inspect kebun time pagi. rasanya dah kena ngap kot

      Padam
    2. betullah tu.. Hmm.. saya jarang jumpa dengan ulat tu, tahu-tahu daun dah rongak pastu ada tinggal 'buangan' dia. Semalam nampak ada burung yang sangat kecik hinggap kat situ. Agaknya dia tunggu ulat tu gemuk baru dia ngap kot.

      Padam
  6. Banyaknye serangga perosak. Mencabar jugak bidang pertanian ni. Yang warna hitam tu paling geli. Derang ni kalau nak bunuh guna racun serangga yg sama atau berlainan setiap jenis?

    Saya pun bercadang nak jahit langsir asal boleh jugak tahun ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mencabar untuk orang penakut macam saya ni Lyd. wuhu. kalau boleh bersabar biasanya petani organik akan guna kawalan biologi je. guna khidmat serangga baik atau burung untuk hapuskan/kawal perosak secara semulajadi. tapi kalau jenis ulat ni nak cepat dan selamat memang terpaksa kutip dan musnah la. ada juga jenis-jenis racun organik yang boleh dihasilkan menggunakan bahan dapur macam bawang putih dan cili dengan campuran minyak dan sabun untuk perosak kecil macam afid/bena.

      langsir tahun ni pakai eye-let je. senang, jahit lurus je semua. hahaha.

      Padam
  7. Berat juga caterpillar tu sampai patah dibuatnya ranting.
    caterpillar dekat jagung nak kena hati-hati bila dan ada keluar anak rambut jagung sebab dia suka makan rambutnya. Takut nanti tak de rambut tak dapat pollinate dengan pollen jantan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TukangKebun, rasanya pokok cili tu bukan patah sebab ulat tu berat, tapi sebab dia sudah pangkas pokok tu. permukaan dahan patah tu nampak elok je, rasanya sebab dia yang makan.

      pasal ulat di pokok jagung tu baru kali ni la saya tau yang jagung pollinate guna rambut dia, tak pernah tau pun. huhu. thanks untuk info ya :D

      Padam
  8. Makhluk perosak yang ada akal (manusia) lebih bahaya dari makhluk perosak bernama binatang. Binatang hanya merosakkan pohon dan pokok, manusia pula merosakkan keseluruhan alam sekitar, masyarakat dan budaya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu JR. moga Allah permudahkan dan berkati lah usaha saya yang sedikit ni. Amin~

      Padam
  9. saya akan kutip bela sampai dia besar. daun, saya pilih yang muda tapi bukan pucuk yang baru tumbuh nanti rosak pokok. bela sampai jadi rama-rama Lime Butterfly. cantik!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...