Update Blog Lepas Raya


 Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Alamak, lamanya tak menulis. Mood perayaan masih terasa, walaupun awal-awal lagi dah kena balik Selangor dan memerap je dalam rumah sebab semua jiran belum balik dari kampung masing-masing. Haha.
Selamat Hari Raya pada semua kawan-kawan yang rajin singgah di blog Maharani Kecik 
Mohon ampun maaf kalau ada terkasar bahasa, kalau ada terusik jiwa yea! >__~

Photobucket

Pagi Raya pertama di Muar


Photobucket

Melawat dan bersihkan kubur arwah pak mertua 
sehari sebelum raya dengan keluarga kakak ipar

Kami balik kampung pada Rabu (4 hari sebelum 1 Syawal) dan menjelang 2 Syawal kami dah bertolak balik ke Rawang. Agak kelam kabut juga sebab singgah beraya rumah makcik dulu di Batu Pahat dan singgah di Muar pula untuk sumbat balik barang dalam kereta selepas bermalam di rumah mertua malam tu. 

Photobucket

Pagi Raya kedua di Batu Pahat

On the way tu dengan hujan yang boleh tahan lebat juga, dengar laporan lalulintas di radio kata NKVE tutup kerana banjir kilat. Kena guna laluan lain lah, takut sangkut pulak. Kenderaan sudah banyak di lebuhraya (tak terjangka pulak), hujan lebat dan hari mula gelap – memang secukup rasa lah. Kami tiba di Seremban menjelang maghrib. Sempat drive-thru dan makan McD dalam kereta je. Tiba di BTP jam 11 malam! Huhu. Malam tu Pak Bujal sepatutnya dah bertolak ke Kemaman. Kebiasaannya dia keluar rumah jam 9-10pm. Dah berapa banyak punya lewat tu. Kena bagi dia rehat-rehat dulu, tidur sekejap sekurang-kurang sejam dua sebelum bertolak ke Terengganu. Saya dah ready jaga jam, niat nak sengkang mata sampai jam 2am nak kejut dia bangun. Tapi dia tak boleh lelap pulak (camno nak lelap kalo mata dok melekat kat TV tengok Snakes on Plane! u__u")

Jam 12.30am dia gerak jugak lah. Mata tak mengantuk lagi katanya (badan masih aktif akibat drive tempuh hujan dan jam kot) Pukul 4am tu dapat SMS ada orang berenti tidur kat Temerloh. Sambung jalan sekejap dah berhenti tidur lagi kat mana ntah tak ingat. Tak apa lah, janji selamat sampai ke destinasi. Sampai Kemaman tak sempat rehat tidur dah kena ke airport naik chopper.

Tinggal lah dua beranak ni duduk rumah sambil tengok-tengokkan rumah jiran yang masing-masing cuti seminggu sampai habis cuti sekolah hari ni. Keluar sekejap-sekejap tengok pokok, merumput,  semai benih dan membaja. Risiko tengah tinggi kat sini sebab ada laporan pecah rumah ala ninja oleh lebih 10 orang penyamun dekat blok sini. Mujur sekejap-sekejap ada Pak Polisi yang round. Rasa selamat sikit :D

Syawal tahun ni terasa singkat kerana terikat dengan jadual kerja Pak Bujal. Namun begitu, walaupun duduk kampung dan sambut raya sekejap je tapi puas hati juga sebab dapat berkumpul dengan semua 6 beradik saya kat Muar dan 3 beradik Pak Bujal kat Batu Pahat. Harap kawan-kawan juga alami kemeriahan Aidil Fitri, malah lebih gembira lagi ;)

Photobucket
Anak buah dengan koleksi bunga api

Photobucket


Salam sayang, salam Syawal!  n__n


8 ulasan:

  1. wani selamat hari raya..dok rawang er (which part if u dont mind, kakak ada akak dok bkt sentosa,so rwg area tu biasalah) kesian jgk yer kena jg kejiranan, takper tabahkan hati & keep busy so takderlah rs sedih sgt bila berdua jerr.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya di Bandar Tasik Puteri, dekat2 Batu Arang :)
      hari ni jiran dah ramai, kurang sunyi sikit dah. selamat hari raya ummuaidan. maaf zahir batin ye ;)

      Padam
  2. emmm... kita pun tak duduk beraya lama kat kampung... masa raya ke-3 dah on the way balik ke KL... sbb risau tinggal rumah lama... kawasan rumah kita bole tahan juga kes pecah rumah... jiran kita sendiri dah 3 kali rumah dia kena masuk... rumah kita pun kena 2 kali masa tahun lepas... since pasang security alarm system ni takde lagi cubaan org masuk mencuri... tapi risau juga sebab baru kelmarin jumpa najis besar kat laman... takkan najis kucing besar kot... tak logik pulak... :(

    plan nak pasang cctv (tapi budget tak mampu T_T)... tapi kena buat juga sbb kalau malam-malam ada org keliling rumah kita takkan kita nak jengah keluar kan... klu ada cctv kita bole tengok terus melalui laptop / hp... tinggal nak call polis atau tembak je terus... hihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami pun pasang alarm je buat masa ni, cctv belum dapat nak buat lagi. macam kak maria cakaplah - kos tinggi. selain tu cuma dapat kunci pintu berdouble2 dan ready alarm kereta kat tangan masa tidur. risau kan kalau ada tanda-tanda penyamun nak pecah masuk. er, apa motif najis besar depan rumah tu? huhuiii...

      Padam
  3. Wani - Kak Mirror pun tak tersangka yg raya tahun ni akan jadi lebih meriah, byk juga rumah yg hubby ajak pegi dlm tempoh seminggu tu.

    Tapi Kak Mirror tak sabar nak abiskan raya, byk perancangan lain menunggu lepas raya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok la MM beraya sakan. tak rancang tu yang seronok, dari rancang bagai nak rak tapi tak dapat pegi akhirnya. uwwaaa~

      Padam
  4. Di foto yg terakhir itu...Wani yg mana sich?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiada dalam gambar. tukang ambil foto. hehehe

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...