Alam dan Manusia


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Cuaca sekarang kat Selangor berganti-ganti mendung dan hujan. Sekejap-sekejap panas juga tapi biasanya tak lama. Pokok-pokok sekitar rumah mula mengeluarkan bunga (ada yang disebabkan kurang siram semasa minggu perayaan tempoh hari) 

Bunga-bunga kecil yang cantik, tanda benih tak lama lagi boleh dituai dan disimpan untuk semaian akan datang. Insya-Allah. 

Hari ni masukkan gambar koleksi sepanjang minggu je. Layannn..

Photobucket
 Ladybird dan holy basil

Photobucket
Bunga sawi sememangnya cantik!

Photobucket
Dibeli sepokok dari nurseri. Tak tahu apa namanya >__>

Photobucket
Bunga tomato ceri dan buahnya

Photobucket
Bunga bendi. Paling menjadi kali ni. Alhamdulillah

Photobucket
 Bunga salad butterhead. Bawa salad balik kampung seplastik besar sebab takut tak termakan

Photobucket
Mentadak mentadu, macam mana Sara tidur? ;p
Berehat atas daun kari

Photobucket
Kembang Dahlia yang digilai semut kecil

Photobucket
 Bunga terung juga kegemaran semut

Photobucket
Bunga limau kasturi. Putih bersih dan harum

Photobucket
Anak manusia yang sanggup dimakan nyamuk demi menegur kucing jiran.
Aik, selipar terbalik pulak dah. Huhu 


12 ulasan:

  1. As salam wani,
    Hobi amek foto bunga sama mcm saya. Dlm blog saya dah ada 31 siri bungaan. Bunga yg wani kata tak tau namanya tu ialah lantana camara. Dlm BM ia dipanggil bunga tahi ayam. Pkk ni mempunyai khasiat dlm perubatan tradisional. Blh baca info mengenainya dlm blog saya..hehe.. Bunga lantan camara mmg cantik tp yg tak bestnya, seluruh pkk berbau agak busuk bila tersentuh.

    Anak manusia tu sama pesen dgn anak saya. Suka kat kucing dan pakai selipar terbalik..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo. saya tak ingat pulak bunga tahi ayam bentuk macam ni. dulu masa kecik rasanya mak ada tanam juga. lupa lah bentuknya. huhu
      pakai selipar terbalik ni lebih ketat, jadinya tak ada lah asyik tercabut. pandai juga budak-budak ni kan (walaupun ia tetap 'terbalik') ;p

      Padam
    2. Ada lagi satu bunga yg juga dikenali dgn nama bunga tahi ayam iaitu bunga marigold.

      Padam
    3. aaa, saya lebih familiar dengan bunga tahi ayam yang tu kot ;)

      Padam
  2. tema semut yea...hehehe...ntah kenapa bila tgk orng tanam bunga terasa jeles ..sara sama mcm aidan takleh tgk kucing nak jer tegur..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. pokok bunga cuma 2-3 jenis je. yang lain bunga sayur dan buah. hehe. saya pun jeles. nak-nak kalau pergi blog-blog yang banyak bunga cantik macam kak Adry@Daun punya tu ;D

      Padam
  3. Cantiknya daun kari. Bersih je tanpa noda. Anak manusia tu comel, muka suci. Heheh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. daun keluar dari pucuk baru lepas kena serang dengan ulat kumbang tempohari. anak manusia bermuka suci tu selamba je petik-petik daun tu buat main, lepas tu merengek busuk. amekaw! heheh

      Padam
  4. Hehe, taman sayur merangkap taman bunga rupanya. Saya suka salad butterhead, tapi setakat ni salad ni saya tak berapa berjaya nak tanam. Wani ada tips tak menanam salad ni? Kalau ada rezeki, boleh kumpul benih sayur dan semai next round pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salad butterhead saya tanam rapat-rapat sebab peratus cambahan baik sangat, banyak anak pokok yang sayang nak dibuang. tapi pokoknya meninggi, tak macam yang biasa nampak kat pasaraya. saya dah tuai habis, bawak balik kampung hari tu. lupa plak nak ambil gambar :'(

      Padam
  5. uih...okra tu nampak sihat...puas makan kalau berbuah tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. punya lah tinggi pokok bendi tu. baru-baru ni abah cadangkan potong separuh pokok supaya banyak tunas baru naik. masih tunggu kalau-kalau dia nak berbunga lagi

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...