berkubang di musim tengkujuh


sudah beberapa hari hujan turun sekejap2 - sbnrnya hampir setiap hari dan kadang2 cukup lama! beberapa negeri termasuk Johor, Negeri Sembilan dan Melaka dilanda banjir teruk..err, adakah ianya Melaka?? Melaka!! arghh, harap2 la impian percutian saya tak hanyut bersama banjir itu! uuuu~

dijadikan cerita, minggu ini seperti biasa kami sekeluarga bertandang ke rumah MIL di Batu Pahat, dan kebetulan bersempena Hari Wilayah dan Tahun Baru Cina, my sis in law sekeluarga bercuti balik kg (rumah MIL kat bandar sbnrnya) pastinya Sara sgt seronok dapat bermain2 dgn sepupu2nya yg 3 org itu..

pagi ini cuaca agak baik..jadi rancangan telah dibuat untuk bermandi manda aka berkubang di Wet World Batu Pahat..perjalanan memakan masa hanya 15minit dan kami tiba di sana around 10.30am..tak ramai pengunjung, cuaca redup tp tak hujan, kanak2 gembira..sgt seronok!

ini pengalaman pertama Sara bermain air di taman tema, selalunya dalam tab mandi je..ciann..so mula2 tu agak malu2 kitty la, menangis kejap2 bila duk dlm air..tp makin lama makin happy dan excited lebih2 lg bila dpt tiarap kat area air cetek utk baby..owh, sgt kurang senonoh dan lupa diri skali perangainya..

3 jam berlalu sehinggalah hujan turun renyai2 juga akhirnya..anak2 berlari ke kanopi dan mak bapaknya mula berkira2 utk berkemas balik..

selepas siap menukar pakaian, kami ready utk bertolak balik..Sara pun nampaknya sgt penat, siap je tukar baju terus terlelap..

for me Wet World sgt seronok utk dikunjungi, bermacam permainan tersedia dan ada juga ombak tiruan pada mereka yg gemarkan keseronokan bermain air..bayaran masuk utk kenderaan hanya RM2 utk kereta dan RM1 utk motosikal, manakala bayaran masuk individu pula RM15 utk dewasa dan RM12 utk kanak2 (harga bergantung pada cuti umum/perayaan or weekdays..kami masuk pada harga cuti perayaan (CNY))


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...