Melaka (part 3 - end)


Hari ke-3

Kami memulakan langkah ke Taman Rama-Rama Melaka..saya sangat berpuas hati dengan kunjungan ini kerana kami dapat lebih dari apa yg kami harapkan..bukan sekadar rama-rama, malah pelbagai jenis reptilia, burung…monyet pun ada!  Terdapat juga kolam ikan koi, landskap menarik dengan gua2 mini, taman yg indah dengan air terjun buatan..owhh, sangat cantik! Rugi kalau tak memasukkan Taman Rama-Rama dalam jadual pelancongan ke Melaka :)

Tanpa disedari berjam2 masa dihabiskan di dalam Taman Rama-Rama, kamera mula memberi isyarat untuk berehat..badan juga sudah letih, Sara sudah meragam mahu tidur, jadi kami pulang ke homestay..malam ini ada rancangan lain pula..better rehat2kan badan dulu…

Aktiviti malam ketiga sudah dari awal2 lagi dirancang sebenarnya - untuk ke Night Zoo Melaka..tapi sayang seribu kali sayang, jam 9pm kami sudah tiba di depan kaunter tiket yang gelap gelita..notis ditampal menyatakan kaunter tiket akan dibuka semula dari jam 8pm hingga 11pm untuk sesi malam, tapi sudah jam 9pm pun kaunter masih tak aktif lagi..aduh! ini la yang tak bestnya bila rancangan tak menjadi..tension!

Jadi kami mula hilang arah nak menghabiskan malam ini..suami dah takde plan nak ke mana, so just jalan2 ke Bandar Pahlawan..mula2 bercadang nak ke Melaka Sentral, tapi last minute bila ternampak cahaya lampu sorot ala Batman ke langit malam, kami dah ada idea nak ke mana – FUNFAIR! Yes, satu pilihan yg baik! Memandangkan lawatan ke funfair pasti sangat menyeronokkan untuk Sara (dan abah Sara yg katanya tak pernah masuk funfair..huhu),  round2 dulu tgk game yg best2; ada rumah hantu, tikam2 bermacam jenis tikam, baling gelung atas botol, baling bola, tangkap itik, BINGO..itu belum termasuk roda feris dan roller coaster yg bermacam jenis..rasanya yg itu kami tak akan naik la kerana suami sgt takut dengan kelajuan roller coaster..huhu..sama je dengan saya..heheh….

Kami main beberapa jenis permainan termasuk menaiki roda feris..dapat lah beberapa patung mini dan pensel tekan sebagai hadiah (pasal tak menang besar..uuu) dan begitulah malam terakhir kami di Melaka berakhir…
 

Hari ke-4

Selesai mengemas barang2 dan bersiap2, kami bertolak menuju ke Alor Gajah untuk aktiviti terakhir sebelum balik ke Muar..suami dah list down beberapa destinasi yg sesuai termasuk la Pantai Tanjung Bidara dan Planetarium Al-Khawarizmi..kami tiba di Planetarium jam 12.30pm, jadi sementara menunggu masa rehat tamat jam 2pm (tapi di jadual lawatan sepatutnya masa rehat bermula jam 12.30pm hingga 1.30pm sahaja..biasa lah kan…), kami singgah dulu di Tanjung Bidara untuk makan tengahari dan snap sikit gambar kenangan..Sara takut pula nak bertatih di atas pasir, jadi terpaksa la mama dan abahnya berganti2 mendukung..haihhh…..

Jam 2pm kami kembali ke Planetarium, pegawai2 masih belum bersedia untuk menerima pelawat..jadi dalam kepanasan tu kami menunggu lebih kurang 15minit sebelum dibenarkan untuk meninjau kawasan pameran..ruang pameran memang mengkagumkan dengan pelbagai informasi menarik mengenai sains dan astronomi dalam konteks islamik..pergerakan bumi, bulan, matahari dan seluruh cakerawala..bagaimana ia terbentuk, berfungsi dan musnah..juga pelbagai alatan yg digunakan oleh para pengkaji Islam dalam menentukan waktu2 solat, arah kiblat, awal Ramadhan dan Syawal dan banyak lagi..batu meteorite yang asli juga dipamerkan..saya betul2 kagum dan teruja sekali..

Seterusnya pegawai bertugas membawa kami masuk ke ruang planetarium untuk tayangan video..hanya kami bertiga saja pelawat yg ada pada masa itu, jadi suka suki la siap menenenkan Sara bila tayangan video bermula, pasal Si Sara asik meragam..takut gelap agaknya..habis tayangan video di kubah, kami dipersembahkan pula dengan tayangan video 3D..menggunakan kaca mata 3D yg disediakan, tayangan memakan masa hampir 20minit juga..Sara dah kehabisan tenaga meragam dan tertidur keletihan..baru lah aman sikit..hehe..lagipun kesian juga pada penonton lain yg turut serta dalam dewan pada masa itu, takut terganggu dengan jeritan anak manja saya…huhu

Siap tu, kami round2 sekitar planetarium..menuju ke Balai Cerap untuk menggunakan sendiri binocular yg disediakan untuk meninjau panorama sekitar pantai Tanjung Bidara..byk info tersedia sepanjang laluan yg digunakan..semuanya sangat mengkagumkan sekali..

Puas bergambar dan membaca serba sedikit maklumat menarik, kami bergegas untuk bertolak balik..jam sudah hampir 5pm, anak sudah tertidur, suami sudah berpeluh2 dan saya sudah batuk2 sampai letih..perjalanan balik tidak lah sejauh semasa mencari Balai Cerap awal2 tadi, berpusing2 tak tau ke mana arahnya..papan tanda langsung tidak memberi info jarak ke Planetarium.. kalau berhajat untuk melawat,  pastikan anda menghala ke kem Terendak..for sure akan jumpa Planetarium Al-Khawarizmi tersebut..lawatan ke sana pasti tak rugi punyer, malah sangat sesuai dan bermanfaat sekali untuk pelajar2 sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi…..

Punya lah sibuk nak balik sampai terlupa nak membeli buah tangan..belacan Melaka pun tak beli…ayarkk! Yang itu memang sangat rugi………. =.=''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...