Ahhh..jumaat yang indah (kecuali cuaca panas yg menyucuk)..setelah beberapa hari jadual saya padat dengan aktiviti cuti2 dan jalan2, hari ini saya betul2 free untuk mengadap pc semula..
Kunjungan kami ke Melaka sangat menggembirakan..4hari 3 malam dihabiskan dengan jayanya..walaupun ada beberapa perancangan tidak berjalan dgn baik, tetapi secara keseluruhan ianya sangat menyeronokkan! :)
Saya akan ceritakan pengalaman kami dalam beberapa bahagian memandangkan karangan saya nampaknya terlalu panjang untuk dimuatkan dalam 1 bab..gambar2 akan diupload kemudian sebab ia masih belum ditransfer ke dalam pc..
Hari pertama
Kami memulakan acara dengan berkunjung ke rumah kawan lama suami yg melangsungkan perkahwinan di Alor Gajah..hampir satu jam bertemu kawan2 lama dan teman sekerja, kami meneruskan perjalanan ke Homestay Pak Aman yg kami telah book di Bukit Katil, berhampiran MITC, Melaka..
Jarak antara Alor Gajah dan Ayer Keroh, ditambah kesesakan lalu lintas di kawasan MITC pada waktu puncak dan kesukaran mencari alamat homestay menyebabkn hari pertama kami habis begitu sahaja..badan pun sudah letih, tak nak sampai ada yg jatuh sakit kerana penat, jadi kami berehat2 saja sementara menunggu malam, mengemas barang2 dan meninjau2 sekitar rumah.. rumah yg agak selesa juga, lagipun kami tak merancang untuk habiskan byk masa di rumah tumpangan..tak syok lah kan..hehehe
So malam pertama selepas dinner di kedai makan berhampiran homestay, oleh kerana saya mula batuk beberapa jam sebelumnya, kami bercadang mencari klinik untuk mendapatkan ubat batuk..agak payah mencari kerana jam sudah hampir 10pm dan kami tak tahu di mana letaknya klinik 24jam..round2 satu bandar akhirnya bertemu juga Poliklinik Perdana di Jalan TU 2, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh..ambil ubat dan balik untuk tidur..sangat penat bila meronda tanpa hala tuju….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan