Melaka (part 2)


Hari ke-2

Pagi Ahad, selepas bersarapan pagi kami menuju lokasi pertama – Taman Buaya Melaka..hmm, sebenarnya saya agak kecewa juga berkunjung ke sini kerana mengikut website aktiviti pelancongan negeri Melaka ada pertunjukan buaya jam 11.30am tetapi yg ada hanya pertunjukan silap mata dan persembahan ular saja..itu pun masa menunggu agak lama untuk persembahan tak berapa minit..huh..sangat tidak berbaloi..tetapi Taman Buaya juga ada menyediakan taman tema air untuk yg gemar bermain air, cuma pastikan anda membawa pakaian renang yg menepati syarat saja…

Tidak jauh dari Taman Buaya kami menuju ke Taman Botanikal Melaka pula..pengunjung boleh menyewa buggy dengan 4, 6 atau 8 tempat duduk atau untuk yg lebih ringkas menyewa motosikal berkuasa elektrik berkerusi  1 atau 2..nak ringkas lagi, sewa saja basikal elektrik..pengalaman mengelilingi  Taman Botanikal di celah2 pelbagai jenis pohon dan tanaman dengan memandu sendiri buggy atau motosikal elektrik memang menyeronokkan..kadar sewanya juga berpatutan..dan sepanjang ronda2 taman tu kita boleh berhenti untuk snap gambar kenangan di taman bertemakan cerita kanak2 di satu bahagian Taman Botanical..sayangnya Sara sudah mula mengantuk, maka mamanya lah yg beriya2 berposing di sebelah kura2 dan arnab yg berlumba, juga kancil yg hendak menyeberangi sungai dengan memijak buaya, juga gagak ygg mengisi batu ke dalam takar untuk minum air..hehehe

Bateri kamera mula berkelip hampir kehabisan kuasa, begitu juga lampu Ultraman saya ..sangat letih..jadi kami balik ke homestay untuk recharge bateri kamera dan tenaga..huhuhu…….

Malam kedua kami habiskan dengan menaiki River Cruise sepanjang sungai Melaka..specialnya cruise kali ini kerana ada penyanyi yg akan melayani kami sepanjang perjalanan pergi dan balik dari jeti ke muara dan berpatah semula ke jeti..hoho..sangat tidak terjangka kami menaiki bot yg betul kerana ia sebenarnya tidak termasuk dalam pakej cruise biasa yg kami pilih..selalunya untuk naik bot siap dengan persembahan hanya dalam pakej VIP, dengan bayaran lebih RM10 sahaja pun..hehehe

Dalam perjalanan ke muara, kami diberi penerangan mengenai serba sedikit sejarah sungai Melaka, kampung tradisi (Kampung Morten) dan beberapa bangunan sepanjang sungai Melaka, termasuk replika kincir air..semasa perjalanan balik ke jeti pula persembahan dimulakan dgn nyayian lagu2 tradisi dan lagu kanak2..saya dan suami serta anak sangat seronok..
”Letchum, Letchum, Letchum oo la la…burung kakak tuaa~” :D

Turun dari river cruising kami berjalan2 sekitar Jalan Kota, merakam kenangan di Stadhuys dan replika kincir air..menikmati keindahan malam di Bandar Hilir, di tepi Sungai Melaka..paling bermakna kerana percutian pertama bersama si kecik sangat menarik bagi kami…

Jam 11pm, kami balik dengan hati yg gembira, merangka plan untuk hari ke-3 pula….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...