2 hari yg lembab akibat hujan dan gerimis - sgt memalaskan dan sgt mengantukkan..hehe..ayat yg hanya sesuai utk suri2 yg dok memerap kat rumah je...
hari ini saya berpuasa ganti, ditemani suami yg cuba memberi galakan saya memulakan langkah pertama (hari pertama membayar hutang), yg mana perjalanannya agak jauh juga kerana 2 Ramadhan lepas, pada usia kandungan 2 bln saya alami mabuk yg teruk..spjg hari melepek saja, menyandar pun tak larat..akibatnya saya hanya dapat sudahkn 6 hari bpuasa dari 30 hari yg diwajibkn! dan Ramadhan lps dgn rekod yg agak baik (1 hari ponteng), saya berharap dpt habiskn membayar semua sekali puasa2 itu sblm Ramadhan tahun ni..
memandangkan saya fully bf my lil girl, agak sukar juga nak elakkan diri dari bergentayangan di pintu peti ais..dan sebenarnya tanpa sengaja saya mmg ada terminum air suam anak semasa ingin menyuapkan makan tgharinya td..aduss!!
tapi saya tau, kalau tak sengaja tak apa..kan? Alhamdulillah..erkk...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan