plan bulan ini - cuti2


esok encik suami akan balik dari tugasan di luar negeri (masih dalam Malaysia, cuma lain negeri..hehe)..rasa sangat seronok memandangkan saya sudah membisikkan kata2 hikmat sebelum dia pergi bertugas 2minggu lepas, "bulan depan kita pegi jalan2 ke Melaka, nak? ngeee"...dan si suami yg baik itu bersetuju..horayyy!! 

seronok kerana ini kali pertama kami akan bercuti bertiga..ya, pertama kali bercuti (dalam erti kata sebenar) bersama puteri kami yang akan genap umurnya 1 tahun awal mac ini..'bercuti' itu maknanya membuat perancangan untuk menghabiskan masa melawat tpt2 pelancongan atau tpt tarikan semata2 untuk bergembira, bukannya kerana ikut suami berkursus yg mana lebih banyak masa saya dan puteri bernama Sara itu di bilik hotel, homestay atau kondo sewa selama 2-3hari..

jadi, saya mmg sangat seronok! harap dapat mengabadikan byk kenangan, dan semoga Sara dapat bergembira juga seperti mamanya yg kelihatan berlebih2 excited berbanding si anak itu...hehehehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...