Buah Tangan Dari Johor


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pulang dari Johor pada awal tahun baru 2013 emak mertua beri pokok nenas ni untuk ditanam di laman rumah. Nenas Batu katanya, dapat dari kawan setaman. Tak pasti pula khasiatnya tapi mertua kata bagus untuk ubat batu karang. Saya pun tak sempat lagi nak google di internet.

Photobucket


Photobucket

Entahkan boleh survive atau tidak sebab masa nak ditanam baru perasan yang mak mertuaku itu telah tersilap potong, tertanggal akarnya. Hahahah. Ada satu crown dari buah nenas yang sudah dituai, mana pulak dikambus bila dikorek-korek tak jumpa pulak, Huhuhuii

Ini pula bulb dari Pagoh. Abah bawakan satu bulb. Selepas 2 bulan lebih tak nampak perubahan ketara tiba-tiba hari ni dia berbunga pula.

Photobucket

Photobucket

Baru semalam dikuis-kuis sebab nampak daunya berkeriting macam tak nak keluar dari tunas. Rupanya sebab dia nak sorok bunga dalam tu eh. Nama pokok memang tak tahu lah, asal cantik je terasa ringan je mulut nak mintak kan. Hehe.

Photobucket

Dan yang 2 ekor ni pulak dibeli dari seorang kenalan mak di Parit Sulong. Buat teman si kecik Sara. Ada jugak kawan untuk dia bertanya soalan pelik macam:

"Hai Abbit! Nama siapa? Oo Nur Qaisara Syuhada ye?"



TT___TT sobbss


9 ulasan:

  1. comel arnab tu hehe...geram tgk bunny ni..lg satu suka hamster gak..sbb hamster bila dorang makan cute cam arnab gak

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu ada juga bela hamster. namanya Marsha, Mawi dan Felix. hehehe

      Padam
  2. salam wani, lama tak bersiaran kan. masa tanam nenas tu, ada buah sedia ke? cantik dan antik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumussalam kak Puteri Purnama. tu la, siaran tergendala sebentar. hehe
      ha'ah, mak mertua beri pokok siap dengan buahnya sekali. dia tau saya suka menanam. rajin dia bawakan pokok-pokok yang dia tanam belakang rumah

      Padam
  3. aaaa lama tul no news... comel nye abbit apa nama he he.. bulb tu pun akak suka gak..pelik rupanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu. terima kasih masih sudi jenguk sini ye kak mar ;)
      bulb tu macam retarded juga. saya tengok yang abah tanam banyak daun je, bunganya tak pernah nampak lagi

      Padam
    2. sama-sama ..insyaallah singgah blog kawan2 .. lambat dan cepat je ..

      Padam
  4. Musim Nenas batu sekarang ya dan nanas lain-lain. Comel nanas tu. Menarik tengok bulb tu ada spot-spot pula dan bunganya juga cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun tak pasti sekarang tengah musim nenas, Diana. kebetulan balik Johor dan mak mertua bawakan sepokok.
      cantik kan bunga tu? belum habis kembang lagi. banyak kuntuman bunga dan tangkai pun semakin tinggi.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...