Program Cuti Sekolah, November 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pada hujung November 2012, untuk pertama kalinya saya dan Sara ke Thailand melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. Pengalaman pertama Sara melangkah keluar dari Malaysia. Dan muka pasport terbaik tahun ini:

Photobucket



Haha. Langsung tak prepare. Abahnya tak khabar awal-awal nak buatkan pasport masa balik kampung minggu tu, takut tak sempat atau tak jadi katanya (lagipun memang dah perangai Pak Bujal takdenya nak plan, asal sempat je terus terjah)

Lokasi dituju adalah Hatyai, Thailand yang terletak lebih kurang 60km dari sempadan Bukit Kayu Hitam. Kami bertolak awal sehari dan bermalam di Changlun. Esoknya pagi-pagi berkumpul berhampiran pintu sempadan dengan 5 keluarga lain yang terdiri dari rakan sekerja Pak Bujal berserta ahli keluarga masing-masing. Aktiviti hujung tahun ini juga merangkap Hari Keluarga Kelab Abu Cluster untuk kumpulan on/off Jumaat. Kitorang wakil dari kumpulan on/off Selasa. Rezeki. Hehe.

Perjalanan menaiki kereta mengambil masa lebih kurang 1 jam dari pintu sempadan. Tiada masalah besar sepanjang perjalanan. Tangki minyak kereta sudah berisi penuh sebelum melepasi sempadan dan geran kereta sudah dipersiapkan awal-awal lagi. Kami menginap selama 3 hari 2 malam di hotel BP Grand Tower, Hatyai. Hotel bertaraf lima bintang (standard Thailand. Huhu)

Photobucket
Baru sampai

Biasa lah bila berjalan dalam kumpulan yang ramai - anak-anak saja sudah 14 orang, ada baby bawah setahun juga. Maka jadual/tentatif program banyak juga yang 'ke laut'. Budak-budak nak kena cukup rehat, cukup tidur. Kalau penat dan jatuh sakit tentu lah jadi tak seronok. Tak teercapai pulak matlamat program nanti. Kena pula dengan cuaca hujung tahun yang semua maklum musim hujan di negara beriklim tropika. Memang secukup rasa juga.

 Photobucket
Bapak budak yang demam lepas naik bot merentas lautan selama 10 jam, 
dicampur memandu selama 8 jam keesokan harinya, kemudian ditimpa hujan pula. Kesiann 

Namun begitu push juga la ke beberapa lokasi pilihan seperti Pasar Terapung (Floating Market) di Songkhla, Zoo Songkhla (jejak kaki dan bergambar), pasar malam, pasar siang, pasar jalanan. Haha. Shopping buah tangan je yang banyak pun.

 Photobucket
 Floating Market di Songkhla

 Photobucket
 Konvoi ke Zoo Songkhla

 Photobucket

 Photobucket

 Photobucket

 Photobucket
 'Chang' bermaksud 'gajah'

 Photobucket
Anak dara ni tidur sepanjang berada di Chang Puak Camp

 Photobucket
 Singgah sekejap di tepi laut selepas jadual lawatan ke Songkhla Aquarium terpaksa
 dibatalkan kerana ditutup pada hari tersebut. Kebetulan yang tak menarik.

  Photobucket

Tengok gambar atas ni, perasan tak berapa banyak wayar yang merentangi jalanraya antara tiang-tiang elektrik? Ni kira kemas juga, kalau sekitar hotel kami menginap memang terasa ngeri juga nak lalu bawah wayar-wayar ni. Di sesetengah tempat kita boleh dengar denyut arus elektrik tu punya lah kuat. Wayar-wayar berselirat betul-betul mencacatkan pemandangan.

Mencari kedai menjual makan halal tidak menjadi masalah di Hatyai. Boleh la pesan makanan beridentiti Thailand seperti Tom Yam, Kang Som (Khaeng Som) atau Som Tam. Kaw-kaw punya! :D

Photobucket
Hidangan makan tengahari ditaja oleh kelab (belum habis hidang lagi)

Photobucket
Ngeteh di gerai makan muslim yang hanya beroperasi pada waktu malam berhampiran BP Grand Tower

Photobucket
Pelbagai saiz dan harga

Sebagai pengangkutan ke lokasi sekitar hotel kami naiki tut-tut saja. Bersesak macam sardin dan basah juga terpercik hujan gerimis. Haha. Tapi kalau nak naik 3-4 tut-tut ni nak susun korum akan ambil masa lagi. Seronok juga walaupun macam cuak-cuak kan tengok kereta yang follow belakang bawak laju, takut tak sempat brek je. Kih kih kih.

 Photobucket
 Dari hotel ke Floating Market pada malam pertama

Photobucket
Penjaja jalanan yang menarik perhatian

 Photobucket
Our last ride menaiki tut-tut selepas bersarapan pagi

Photobucket
Enam keluarga. Hari terakhir sebelum bertolak balik.

Dalam perjalanan balik, singgah sekejap di Danok membeli buah tangan dan beras wangi Siam sebelum menukar semula duit ke matawang Malaysia. Banyak pilihan sabun susu kambing, susu beras yang kebetulan emak pesan untuk dijual di Johor. Nasib baik tak caj komisen. Hehehe.

Tapi kami tak terus balik Rawang pun. Singgah bermalam satu malam di rumah makcik di Perlis, sempat lagi ke Padang Besar untuk shopping baju dan tudung. Hehe.

Kunjungan yang menarik juga ke Hatyai dan Perlis. Mungkin dalam masa terdekat ada ura-ura nak menyeberangi sempadan lain pula. Insya-Allah. Moga Allah permudahkan segala urusan. Aamiinn..



12 ulasan:

  1. salam wani,
    wah best juga ni.nampaknya 2014 kena pergi lah ni..guna internasional pasport ke..atau pas lawatan biasa macam johor ke singapore tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2014 tu lambat lagi tu kak Puteri Purnama :)
      kami buat pasport antarabangsa sebab ada agenda lain menyusul lepas ni. Insya-Allah

      Padam
  2. Salam wani...
    wah boleh terasa bestnya peructian kehaadtyai tuh yer..tak pernah sebelah pantai haatyai ke, tak der gambar tunjuk..heheh? sy pernah gie lama dulu sblm kawen..naik keta masuk sampai haatyai jgk

    BalasPadam
    Balasan
    1. singgah kat tepi laut tu sekejap sangat. tak sampai 10 minit kot. terkejar-kejar sikit sebab perjalanan pun amik masa juga nak balik hotel dari sana

      Padam
  3. salam... best gi jalan-jalan ni kan! tapi yg penat bila balik nak tune aktiviti harian... 2012 tahun jalan2 hi hi

    BalasPadam
    Balasan
    1. harus lah kak mar. balik tu seminggu kitorang semua demam. haha. bayangkan lagi dengan laundry 5 hari. sesak tengok baju kotor 2 beg! :p

      Padam
  4. salam wanie,

    muka pasport sara sebijik macam mak dia. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waa'alaikumussalam Ibu Qistina. Alhamdulillah, penyeri rumahtangga. selalu orang kata muka abahnya yang banyak ;)

      Padam
  5. penjaja jalanan yg sama saya jumpa mgu lpas.. dgn baju yg masih sama... hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. uniform kerja tuh. hehe
      ayat dia pun mesti lah sama kan? "sayang anak, sayang cucu..beli anggeli bird!"

      Padam
  6. Wani, tambah lagi 2 jam..terus ke Krabi. Boleh naik bot ke Phi Phi Island.

    BalasPadam
    Balasan
    1. musim hujan la hujung tahun tu Lynn. naik bot bahaya juga. masing-masing redah hujan tu pun sampai rumah memasing demam. haha

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...