Fireball Yang Memanchor-Manchor!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bulb yang mengeluarkan bunga sejak beberapa hari lepas sudah semakin mudah untuk dikenalpasti. Nah, begini rupanya beliau kini.

 photo P1183751_zps318c78b5.jpg
Kalaulah saya ada kamera yang lebih bagus, mesti nampak lebih cantik :'(


Cari punya cari asal keturunan bulb tu melalui pakcik Google (bukan goggle ok :p) akhirnya terserempak dengan saudara mara beliau yang bermacam pesen dan gaya. Afro belaka tapi cun seyhh!!

 photo fireball_zps225d636b.png
Carian melalui Google Images

Dengan kehadiran Fireball Lily baru la nampak berseri sikit laman kecik saya ni, kan?

 photo P1183752_zpsd53b2f33.jpg
Fewwittt!!


12 ulasan:

  1. cantik... akak nampak kobis tu..menjadi kembangnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya mengharapkan kobis tu membulat dan berjantung. kembang pun kembang la kan. tak sabar nak tumis kering :p

      Padam
  2. Wah..cantiknya..nanti kalau lagi byk bunga ni mesti lg cantik...:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena tunggu dia membiak atau import bulb baru dari kampung. hehe

      Padam
  3. rasanya tak perlu kamera mahal, yg penting sudut/angle gambo diambik, kompom cun...hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi warna kurang menyerlah dan fokus juga kurang tajam :'(

      Padam
  4. cantik... masuk la dalam pasu lawa... simpan / letak atas meja makan untuk beberapa hari... selagi kembang... kan dah jadi deco kat meja... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. begitu lah niatnya - nak masuk pasu yang cantik sikit. tapi tak ada pasu lagi. hehe. rasanya dia tak suka duduk dalam rumah kot, dia suka matahari.

      Padam
  5. Salam kenal Wani,

    Fireball lily ni kembang pada Januari ya! Mak Aji bawa balik benih ni dari Surabaya. Kat sini mana nak dapat ya?? Mereka panggil pokok Disember sebab kembangnya pada Disember (kata merekalah!). Mak Aji punya masih tunggul lagui, dok tunggulah berbunga, mungkin akhir tahun ni atau awal tahun depan ya??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak terperasan pulak saya. Mungkin kebetulan kot Mak Aji sebab saya pernah nampak bebola merah ni kembang dua kali kat kebun mak saya dalam tahun yang sama. Itu pun dalam lawatan balik kampung yang jarang-jarang (bukan setiap bulan). Dah nampak bunga ni baru saya teringat mak pun ada juga bulb yang sama tapi terbiar dalam kebun je.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...