Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hujan turun hampir setiap hari bulan ni. Aktiviti luar tak
banyak yang boleh dibuat. Sekali sekala keluar buang sampah, belek-belek sayur
dan bunga-bunga yang mekar. Sedih tengok laman dah mula bersemak, dengan
tanaman yang tumbang ditimpa hujan lebat. Namun begitu, terung kelihatan berbuah
dengan banyaknya.
Saya suka makan terung yang dihiris, titis sikit
minyak zaitun dan ditabur serbuk lada putih berperisa. Dilayur atas kuali panas
sehingga layu sedikit.
Hari-hari berulam terung pun tak apa.
salam wanie,
BalasPadamwahh dah lama x baca updated dr wani. mana menghilang?....heee.
saya pun peminat terung mcm wani jugak....x pernah pulak cuba terung masak mcm ni...boleh cuba. nampak sedap ala2 makanan inggeris gitu.
wa'alaikumussalam Ibu Qistina. itu la, malunya saya tak rajin nak update blog sejak akhir-akhir ni. huuuu...
Padamterima kasih sudi menjenguk ;)
Salam..menjadi-jadi terungnya ya..suka akak tengok..
BalasPadamwa'alaikumussalam kak mar.
Padampokok makin melebar dan buah pun makin banyak. tapi tak boleh terlewat tuai sebab takut dah ditebuk lalat buah
Apa yg dah berlaku hingga you dah lama tak update blog Wani?.
BalasPadamKak Sam bukan penggemar terung tapi kalau makan kat kedai Jepun
yg diorang goreng dgn tepung tempura, sedap pulak, mmg licin mkn.
tak ada apa yang berlaku kak Sam, cuma terkurang rajin. huhu.
Padamterung goreng tepung tempura. hmmm..sedap tuu
Hmmmm...lamanya tak update....saya tak suka terung, banyak angin...
BalasPadamlama ek..hehe
PadamAlhamdulillah so far saya makan takde masalah angin
assalamualaikum.....terung tu bakar pun sedap...
BalasPadamWa'alaikumussalam..pernah nak cuba bakar tapi bila potong ada ulat lalat buah melompat keluar terus tak jadi nak masak. haha
PadamSalam wani. Lamanya takde update blog ni. Awk pun mcm saya. Kalau masak sayur, saya tak suka masak beriya2. Kalo saya, biasanya akan celur dan letak oregano dan sikit je garam. Sbb nak khasiat dia je.
BalasPadamWa'alaikumussalam Lyd. ulam-ulaman fresh lagi bagus kan? makin banyak haba digunakan makin kurang khasiat yang dapat dimanfaat :)
PadamBuat pergedil terung pun best juga pengganti kentang.
BalasPadamwah, boleh buat bergedil? baru kali pertama dengar ni. mesti cuba! thanks Diana ;)
PadamAduhai lamanya bertapa, gua mana? Org sakit pun update blog tau...
BalasPadamWani...itu style mertua akk mkn nasi wajib ada terong cicah budu.
sakit biasa le Kak Fibie. jenis kalau bertapa pun memang tak boleh nak ubat punya. huhu
Padammakan terung mentah? tak pernah buat lagi ni