Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Not this one
But this one - butterhead lettuce
Saya jarang tunjuk gambar salad butterhead yang saya tanam.
Selalu terlupa. Heheh.
Saya dapatkan benih butterhead ni dari
tanamsendiri.com. Benih yang bernas, peratus percambahan hampir 100%. Saya
risau bila kotak semaian mula penuh dengan
anak pokok dan pada masa itu kurang medium (batu dan tanah) untuk memindahkan
anak-anak pokok tersebut.
Akhirnya setelah patch tepi rumah disiapkan, dengan keluasan
tanah yang terlalu terhad saya pindahkan juga anak-anak butterhead. Jarak
yang terlalu dekat dan setiap spot saya letak antara 2-3 anak pokok. Sangat
sesak!
Ia membesar dengan cepat dan subur sekali. Beberapa kali
dituai dan jadi santapan sebagai ulam dan side dish antaranya untuk nasi ayam dan chicken
chop.
Saya tuai dengan banyak dan bawa pulang ke kampung pada cuti
raya tempohari. Manakala selebihnya saya biarkan tua dan kering untuk mendapatkan
benihnya.
Beberapa hari lepas setelah musim hujan agak reda, saya mula
membersihkan patch butterhead. Oleh kerana hari sudah semakin gelap,
bunga yang kering saya biarkan masih di dahannya dan saya biarkan semalaman di
porch. Esoknya kelihatan banyak benih yang sudah diterbangkan angin dan dibawa lari oleh
semut-semut kecil.
Satu je persoalan:
kenapa lama kelamaan pokok ni menjadi semakin tinggi? Ketinggiannya hampir mencapai
separas pinggang saya (tinggi saya 160cm) dan daunnya mula mengecil pula.
Kekurangan baja atau air?
rasa salad butterhead tu macam mana ya? ada rasa pahit2 sikit ke atau manis ke?
BalasPadamrasanya macam kekacang sikit, langsung tak pahit :)
PadamWah best kan dpt makan salad yg ditanam sendiri.psl pokok tinggi tu tak dptlah nak buat teori namun daripada pemerhatian, pokok2 sayur setelah matang akan berbunga dan pokok menjadi besar, tengok pokok ketumbar contohnya..tp bila dah tinggi dan besar tak sedap makanlah pulak..
BalasPadamtapi mungkin juga sebab masa sediakan patch tu saya kurang beri perhatian kepada baja, mungkin nutrien tak cukup sebab tengok saiz daunnya pun tak lebar macam kat pasaraya. rugi pulak tanam sekali banyak.
PadamSaya suka makan salad, tapi salad yg dibeli di pasar aje yg mungkin dah bercampur racun makhluk perosak...
BalasPadamsalad di pasaraya nampak lagi besar. tapi saya tetap berbangga dengan salad kurus saya. huhu
PadamCantik butterhead wani. i selalunya tiada luck dalam penanaman salad. selalunya tak bercambah :( tak nak lah tanam salad lagi. haha.
BalasPadamBut, i perhatikan mostly sayur hijau yg u let it to grow seeds memang akan menjadi kurus, panjang & daunnya kecil. sawi pun macam tu kan Ummuaidan?
yes olive..sbb dah jadi tua kannn..
Padamolive: ye lor, rasanya kena peka dengan perkembangan sayuran ni. at least tahu bila dia punya penghasilan hasil paling optimum. jadi kita tahu bila masa sesuai untuk menuai dan bila perlu semai benih baru untuk produce green seterusnya. perlu buat log yang lebih terperinci ni. (btw, sawi saya memang semua dah tinggi dan berdaun kurus. baru semalam frust potong semua pokok. macam dah terlepas masa nak menuai. sobbsss)
Padamummuaidan: dalam tak sedar ummi dah beri saya idea lah. hihi
PadamWahh masha Allah walhamdulillah menjadi salad butterhead Wani ni.. sebelum ni saya try benih butterhead supermarket memang tak bercambah. Wani telah memberi saya semangat untuk try yang tanamsendiri punya pulak, nak orderlah! Berkenaan sayur menjadi tinggi dan kurus, ye sawi menang saya juga begitu, daunnya kurus dan tinggi aras bunganya. Baru hari ni saya tarik sepokok yang hampir kering, tiada lagi daun atau bunga, tinggal pod benihnya sahaja. Tengah digantung terbalik untuk dikeringkan.
BalasPadamCubalah Wani semai benih tu, bernas tak? Kalau bernas wahoohooo Wani dah ada benih salad Butterhead sendiri... chaiyok chaiyok!
Padam*comellah pulak zombie kena butter tu*
itu lah mama pongkey. saya sibuk bebenor time raya hari tu, dengan beraya, dengan hosting makan-makan kat rumah sampaikan banyak sayur terbiar tak bertuai. makan for sure lah kat luar saja, raya katanya. huhu.
Padamsaya nak try juga semai sikit benih butterhead tu, kot bernas boleh simpan atau kongsi dengan orang lain pulak ;)
p/s: zombie tu kalau kena butter dia freeze kejap, so boleh tembak sampai dia mati. woha!
Haaa saya dah order salad Butterhead daripada tanamsendiri.com hari ni! Yeay! Teruja nih!
Padaminsya-Allah. semoga menjadi la hendaknya ye Mama Pongkey. good luck! ;)
Padamgebuss...
BalasPadamAlhamdulillah. rezeki Tuhan bagi ;D
PadamLettuce memang bila dah berbunga memang meninggi daun pun makin pahit. Daunnya mengecil masa ni sebab pokok gunakan energynya untuk fokus menghasilkan benih sebab itu organ yang lain makin kecil. Saya pernah terlupa semai benih lettuce letak dekat tingkap luar dalam selipar anak yang dah kecil berbulan-bulan ditimpa hujan dan matahari sejak November lepas. Bila semai semua benih tu bulan June biji benihnya masih bercambah dengan sangat baik.
BalasPadamitu lah. saya ni banyak belajar teori, bila dah praktik baru tau ragam sayuran semua ni. hehe. thanks untuk penerangannya, Diana ;)
Padammasih belum berkesempatan menyemai benih sendiri untuk lihat kebernasannya, lagi pula sebelum ni ada menyemai benih yang ada dalam stok dan sedang tunggu dia mmbesar. harapnya :P
seronok tanam sendiri semua tu.
BalasPadammemang seronok sangat sal ya n___n
Padam