Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Beberapa minggu lepas bila tuan rumah asyik sibuk dengan
aktiviti dalam rumah dan luar kawasan, laman agak kurang terjaga. Ditambah pula
dengan cuaca yang tidak menentu -
gerimis, hujan dan sejak beberapa hari ini panas membahang.
Pokok Roselle - dalam pemerhatian
Masalah yang nampaknya semakin serius buat masa ini adalah
serangan afid dan mealy bugs di patch depan. Serangan agak teruk juga pada
pokok terung yang sedang galak menghasilkan buah. Beberapa pokok sudah
menunjukkan tanda daun mengerekot dan bukan setakat dahan dan daun, buah terung
turut diserang mealy bugs. Bunga dan putik pula teruk diserang afid yang
berwarna kuning kehijauan.
Menyulam tanaman seperti sweet basil dan holy basil di
celah-celah pokok terung ini nampaknya tidak membantu menangkis serangan afid
dan bena. Walaubagaimanapun, faedahnya mungkin ia mengelakkan serangan belalang
dan perosak lain.
Sweet basil pun jadi mangsa
Buat masa sekarang saya tidak menggunakan sebarang semburan organik,
hanya mengharapkan bantuan sahabat-sahabat kecil yang sudi bertandang ke laman.
Makan la banyak-banyak, tuan rumah belanja
*makan banyak-banyak, tuan rumah belanja* ...?... alolo comei bunyi dia... :)
BalasPadamharap-harap ladybugs datang dengan perut kosong. huhu
PadamMak aih... Tanam terung pun, cerita macam perang salib. Hahah. Ingatkan apa benda yang berpesta. Bukanlah nama orang rupanya. Hahahahah.
BalasPadamkamu ni Romeo, terlalu teruja dengan pesta-pestaan ye. sorry, tiada nur afid dan siti bena di sini. huahua
PadamWani, bena tu yg putih ker? afid tu pulak..tak arif lah dgn nama2 serannga ini wpun mungkin selalu jumpa sbb tak belajar pertanian kot..lembap psl niee
BalasPadamrasanya bena tu mealybugs yang putih, rasanya juga dipanggil koya. afid pulak yang berwarna kuning kehijauan, jernih sikit. ini makanan kegemaran ladybug. saya dulu belajar juga, sampai kena hafal nama saintifik perosak dan penyakit pokok. tapi sekarang dah lupa. agagaga
PadamWani dh belanja ladybug mkn serangga tu. Nanti ladybug tu nk kena belanja apa kat wani? Hehe..
BalasPadamWani tak cuba sembur dgn campuran cecair pencuci+minyak masak?
takpe, dia dah tolong makan afid tu pun dah kira bersyukur Alhamdulillah. tapi kalau dia nak bawak sedara mara dan sepupu sepapatnya datang makan ramai-ramai pun best juga ;p
Padamsaya tak guna semburan organik, takut ia akan turut sama menghalau serangga baik dari laman
Harapnya ladybug beranak pinak lah cepat. Kena bagi tempat romantik banyak berbunga untuk mula dating kut.
BalasPadamyup. harap-harap semakin banyak ladybug akan singgah di bandar Maharani Kecik. heheh. nak kena buat landskap molek sikit ni
PadamPokok terung pipit saya menjadi korban untuk melindungi adiknya si terung purple. Selain itu, saya letak pokok pudina di tepi pokok terung tu. Sekarang, terbaru, saya ada letak bunga marigold di celah pokok terung tu. Tapi yang best terung ni, insha Allah beri dia masa dia boleh pulih semula.
BalasPadaminsya-Allah. Alhamdulillah semalam check hampir semua afid dah lenyap, tinggal mealybugs je yang banyak lagi. nampaknya cik ladybug dah menjalankan tugas dengan cemerlang ;D
Padamhabis lah mama pongkey punya terung pipit? terung purple doing well ha dengan pudina? hmm, must try!
Wani, bena ni yang warna keputihan di balik daun ker? Pokok cili dan terung saya Ada macam putih2 tu tapi taktau benda tu elok ke tak.
BalasPadamya MS. bena ni akan makan sap pada pokok dan lama kelamaan pokok akan tunjuk tanda daun kerinting dan sakit. boleh cuba semburan larutan organik kalau nak. ia campuran minyak masak dan cecair pencuci pinggan.
PadamMemang terserlah keceriaan pesta itu. Tapi nampaknya tuan rumah begitu redho membelanja. Terconfuse kejap, adakah "sahabat2 kecil" itu yg memakan ulat2 di dedaunan itu?. Lama dah tak jumpa semua serangga2 itu sampai terlupa adakah ladybug makan daun atau ulat?.
BalasPadamkumbang ladbird/ladybug tu pemakan afid. ia adalah serangga baik, teman petani. hehe. tapi ada juga kumbang yang seakan sama bentuk dan coraknya tapi sebenarnya perosak. kena perhatikan juga yang mana kawan yang mana lawan. heheh. yang makan ulat biasanya burung, dan yang makan daun biasanya ulat dan belalang.
Padamoh I see... byk benda baru yg I pelajari di sini. Thanks Wani.
Padam