Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kalau 4-5 tahun dulu awal Oktober adalah hari yang dinanti-nanti.
Sekarang ni bila umur dah lanjut terasa tak meriah sangat lah pulak.
Apa yang ada pada 1 Oktober?
"Bangsa-bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45/106 mengistiharkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Tua Antarabangsa. Kerajaan Malaysia mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun mulai 1992 sebagai Hari Warga Tua Kebangsaan." - sumber: JKM
Ironinya setiap kali sambutan Hari Warga Tua yang disambut saban
tahun, umur saya turut meningkat. Sepatutnya saya berbangga ye tak, satu dunia
sambut tuu. Huhu. Tapi bila duduk berdua
je kat rumah, tak ada apa-apa pun yang menarik sangat melainkan hari yang
sibuk sementara menunggu Big Boss balik esok. Kepulangan yang dinanti bukan
sahaja membawa seorang suami pulang ke sisi keluarga, tapi turut membawa jadual
padat yang akan dipenuhi untuk 2 minggu seterusnya. Haihh. Nampaknya lambat
lagi nak update blog ni.
Yang dah dirancang selain mengikut suami berkursus di Kuantan,
perlu uruskan hal Kak Zora yang bakal bertukar pemilik, menjangka ketibaan
nenek yang sudah uzur (dan tidak lagi mengenali kami sebagai ahli keluarganya -
mungkin perlu simpan semua barang tajam di dapur) dan menjaga adik ipar yang
bakal menginap di sini sewaktu dalam pantang. Susun jadual sana, selit kerja
sini, tolak hal situ, bersih sana sini. Adeh, pusing juga nih! Huhu.
Semoga semua perancangan untuk 2 minggu ini berjalan dengan baik.
Dan harap semua tetamu yang bakal singgah berasa selesa di dalam rumah kecik
kami. Insya-Allah. Aamiinn..
Tak lupa juga, moga impian saya dimakbulkan Allah.
Happy Birthday, Wani..
Tolong kutip benih bunga telang dalam usaha membersihkan laman.
Amboii, panjang moncong!
Tak tahu pulak ada haru tua, hmm makin tua makin berisi, takper.. jgn makin tua makin tah hapa2..
BalasPadamLama tak tengok budak kecik yg mengutip benih nie..heheh.. eloklah kan daripada duduk berdua jer, sunyi2 sekali sekali ada tetamu menghangatkan suasana best jugak..ada peneman..mcm saya duk sini berdua jer dari pg keptg..
eh..luper nak wish hepi besday laa..err yg bukan ke 16 kan..hehe
Padamhuhu. hangat tak hangat nak kena nanny-sitting seminggu lebih ni. berdebar rasa, takut ada kerusi ke pinggan mangkuk terbang nanti. haha
Padam16? aa dah dekat dah tu ummuaidan, cuma tambah beberapa belas tahun je lagi. kih kih. thanks ;D
Happy birthday Wani..
BalasPadamBelum tua lagi tu!. Kak Sam ni yg dah tua.. eh salah, antik!. Lagi antik lagi mahal kan...:D
terima kasih kak Sam. antik ke vintage - memang mahal! n__n
PadamHappy birthday Wani..dgn ucapan semoga terusan murah rezeki dan di berkatiNya..
BalasPadamAaamiiinn. terima kasih kak Mar untuk doanya ;)
Padamselamat hari jadi ,
BalasPadamselamat hari jadi ,
selamat hari jadi wani....
selamat hari jadi...
ok tiup lilin..hu hu
semoga pjg umur & diberkati ALLAH...amin
owh, i'm touched! huhu
Padamthanks Hidayah Salim. tahun depan kita duet eh. heheheh n___n
Rupanya bulan Oktober hari lahir Puan. Selamat hari lahir Puan! Semoga sentiasa murah rezeki hendaknya.
BalasPadamterima kasih Izham. insya-Allah. Aamiinnn :)
PadamHappy bday Wani sis!! wah, super busy schedule waiting u. Try to enjoy it too. same here...ada tetamu bakal dtg lagi...sign....cleaning...Opps!
BalasPadamyeah olive, pengalaman pertama ni nak jaga orang dalam pantang lagi. ahaha. jom, teruskan bersih rumah, lap cermin, tukar cadar. kih kih
Padamthanks ya ;)
Happy B/day!!!! wah sama kita, sambut b/day bulan Oct..Scorpion tu..huhu..tapi yg pasti Wani lebih muda la.. lynn masuk 45 tahun ni..(shhhh....)
BalasPadamthanks Lynn. saya Libra sebab awal bulan ;)
Padammuda pun tak sangat lah. young at heart je. kih kih
Saya pun sambut hari lahir (kalau nak sambut le..) pada Oktober. Saya berbintang Libra...cuba teka bila hari lahir saya??
BalasPadamer, somewhere between 1st and 22nd of October?? fuh, banyak nak teka tu. kalau kena boleh belanja sarapan 13 hari? keh keh
PadamBnyk projek tu.......ni yg tak best masuk bln oct, hari tua sudah tiba....huhu....akk belum lg, nnti 15 hb baru tua:-(
BalasPadamBagaimana tua sekalipun, bersyukurlah dipanjangkan usia.....dpt beribadat...
tu lah, macam nak kena pecah 3 macam Boboiboy ni. hehe
PadamAlhamdulillah, bersyukur umur masih dipanjangkan. cuma mungkin lebih seronok kalau ada orang ajak sambut kat luar ke, dapat hadiah ke. ini big boss siap boleh lupa, dia ingat september ada 31 hari! ceh!
tq share & tq for doa & support ye, sgt2 KA hargai saat2 mcm ni
BalasPadamsemoga semuanya bertambah baik sekarang ye KA ;)
Padamterima kasih kerana follow IM. tak sangka ada link IM di sini. exchange, ok?
BalasPadamseronok baca nukilan IM. semoga kaki anakanda semakin pulih.
Padamterima kasih sudi singgah dan tinggal komen ye :)
semoga dipermudahkan segala urusan.
BalasPadaminsya-Allah.
Padamterima kasih sudi singgah dan tinggal komen. salam kenal ya sal ya :)
Happy bday wani. Bz nya wani skrg. Suami kursu kat Kuantan? Kampung saya tu.
BalasPadamterima kasih Lyd. biasanya macam ni la bila suami cuti kerja. lagi pula kalau berkursus, makin sempit jadual tu. huhu
Padamsekarang lagi menhayati keindahan Teluk Chempedak. menarik betul! ;D
Halamak terlepas entry ni. Happy belated birthday ye Wani :-) Lama lagi ke di Kuantan?
BalasPadamtakpe Mama Pongkey, saya sambut selama 365 hari. nak hantar hadiah pun masih sempat ni. kih kih
Padamsaya di kuantan 3 hari je. ni dah balik selangor semula. thanks ya Mamanya Pongkey ;)
Hehehe lain kali kalau ke Kuantan, bolehlah kita bertukar benih ke :-) Saya masa tu pun kalut ada banyak kerja.
PadamMoga dalam peliharaan Allah SWT.. Amin..
BalasPadamAamiin. Terima kasih untuk doanya ya, Sir Syahmi :)
Padamselamat hari lahir wani ;)
BalasPadamterima kasih MS ;)
Padam