Ku Sangkakan Roselle, Rupanya Basil


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Dijadikan cerita, 3 bulan lepas saya semai 4 polibag dengan benih kacang panjang, roselle, basil dan cili api. Sebulan kemudian, 2 polibeg dengan benih anak pokok kacang panjang dan cili api bertunas dan saya pindahkan ke tapak menanam. 2 polibeg lagi tiada apa yang keluar pun, tapi saya biarkan saja. Sepanjang sebulan tu musim hujan di Selangor, mungkin benih kurang menjadi. Label yang saya gunakan pula masking tape yang saya tulis dengan pen (itu je yang ada..huhu), dah tertanggal dan kotor terkena percikan air dan tanah. Sehinggalah trip seterusnya ke Rawang, salah satu polibeg sudah keluar tunas anak pokok. Saya agak pasti yang ianya roselle sehinggalah 5 hari lepas. Hahaha. Patut lah warnanya nampak agak hijau muda, berbanding yang emak tanam di kampung - warna daunnya hijau gelap dan bentuk daunnya tajam. 

Photobucket



Photobucket

Bulan lepas saya pindahkan anak pokok tersebut ke tapak tanaman. 4 pokok kesemuanya. Sekarang sudah besar dan menunjukkan identiti sebenarnya. Hahaha. Tak pasal-pasal saya dapat 4 pokok basil. Dulu saya pernah semai benih basil ni tapi tak menjadi pun. Mungkin sebab kurang sabar dengan percambahannya yang lambat, saya sangkakan benih kurang bernas.

Kelmarin kami baru sampai di Awana Kijal, Kemaman. Pak Bujal berkursus hingga Rabu ni. 5 hari lepas saya ada semai 10 jenis benih – tomato, bunga matahari, bunga telang, timun jepun, ketumbar, sawi menang, bayam hijau, jagung manis, terung pendek (semua benih saya perolehi dari En. Iskandar, ada yang saya beli dan ada yang beliau beri secara percuma :)) dan benih roselle yang ada dalam simpanan. Harap-harap ia akan bertunas. Kalau masih tidak berhasil mungkin terpaksa saya beli benih yang baru.

Photobucket

Pagi kelmarin sebelum bertolak ke Kemaman saya perhatikan benih bunga matahari dan sawi sudah bercambah. 

Photobucket

Photobucket

Berdebar-debar rasa nak tunggu balik ke Rawang semula Rabu ni, nak tengok perkembangan benih-benih tersebut. Eh, esok dah Rabu laa. Surpriseee! (gaya Eric Leong skett) :D

 

4 ulasan:

  1. Cantik cambahan yang ditunjukkan dalam gambar-gambar di atas. Tanah pun nampak subur. InsyaAllah akan menjadi. :)
    Tengok-tengok kalau ada siput, sekarang musim hujan banyak siput. kalau ada, kutip buang. :)

    iskandar

    BalasPadam
  2. terima kasih En. Iskandar :)
    tanah tu beli di nursery, memang elok. siput mungkin tak ada, tapi saya pernah nampak kucing jiran dok kais-kais polibeg semaian saya, harap-harap batch yang ni selamat le. huhu

    BalasPadam
  3. salam perkenlan wani sc.pandai menanam.klu cukup air.inyaalah ,roselle akan tumbuh.sya ada penah tanam roselle dah tum dalam seminggu jgak n ayam jiran kacau.habis anak 2 pokok mati .rasa geam plak.huhu

    BalasPadam
  4. salam kenal myrah ;)

    saya masih baru, banyak lagi nak belajar. harap-harap menjadi la semua tanaman hasil tangan sendiri. insya-Allah :)

    kalau masalah perosak macam ulat dan kumbang mungkin senang nak musnahkan, tapi kalau dah ayam dan kucing jiran tetangga dah menjadi masalah juga tu kan? sabar je la, kena fikirkan cara juga nih :p

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...