Sekian lama menunggu nak tengok pokok ulam raja semaian sulung saya berbunga, akhirnya selepas lama ditinggalkan semasa musim hujan lepas ia berbunga juga. Pokok ulam raja ni sudah beberapa kali tumbang ditimpa hujan lebat dan dahannya berliuk lentok dalam arah berlainan kerana mengejar cahaya matahari disebalik tembok.
Cantik!
Dibandingkan dengan pokok ulam raja yang saya tanam di patch lain, 2 pokok ni kelihatan lebih banyak berdaun dan berbunga sikit saja. Nampaknya sihat betul dan menarik perhatian saudara-mara yang datang ke rumah kerana ketinggiannya dan kebetulan ia terletak berhampiran pagar depan.
Daun yang lebat ini menyembunyikan bunga-bunga dari bulb Amaryllis (atau Gandasuli bak kata Kak Puteri Purnama) yang juga berbunga buat pertama kalinya pada masa itu.
Selak skett
Bulb-bulb pemberian mak mertua ini sudah 2 kali berbunga buat masa ini. Selalu dalam perjalanan nak masuk ke Bandar Tasik Puteri akan nampak deretan pokok Amaryllis ni berbunga bawah signboard taman baru yang bakal naik dan sekarang sedang giat projek pembinaan rumah-rumah bernilai jutaan ringgit. Ada harapan makin maju Bandar Tasik Puteri ni. Heh.
Jambangan sulung bersaiz besar dan sangat cantik! (aiseh, lalat nih. Syohh!)
adoi lalat pun nak enterprem..cantik la amarylis ni..sy dah curik 1 bulb mak sy punya bunga color merah...tgh tunggu berbunga jugak ni..tak muncul2 lagi
BalasPadamnadia pon ade? waahh.. seronoknya, warna merah lagi, nnti klu dah berbunga jgn lupa update kt blog yer.. kita suka la bunga ni, tp xleh tanam kt rumah huhu..
Padamnadia, nanti jangan lupa update bila dah berbunga ye. mesti meriah dengan warna merah menyala. wow! bayangkan pun dah rasa seronok. kih kih kih. sabar sabar sabar
Padamada da bunganya dlm blog under label bunga..masa tu berbunga dirumah mak sy...bila tau color merah..tu sy pun curi2 korek bulb..tanam kt umh sdiri hehe
Padamcantik bunganya :) pertama kali sy tgk bunga ni di burger king bukit tinggi klang 3 tahun lepas, tp pokoknya lebih kecil dan bunga warna putih mase tu mcm teruja giler tgk.. hehe..
BalasPadamcantik kan eithusa? tapi sebab tersorok sangat, nak belek pun susah. bulb ni tahan panas dan tak susah pun nak jaga
Padamcantik betul bunga nie yer..nie first time tengok...yg bunga ulam raja tuh sikit2 cam bunga zinnia kan..
BalasPadamunik dan menarik. bila tengok koleksi Diana saya pun excited sangat. banyak varian Lily yang ada kat dunia ni, Amaryllis salah satunya.
Padamada iras , tapi zinnia banyak kelopak kot. bunga ulam raja ni cinonet je. hehe
First tiem tahu pasal bunga amaryliss ni. Cantik.
BalasPadambila dah join kawan yang rajin menanam ni baru tau dan minat nak kumpul koleksi pokok sayur/bunga yang boleh dicilok, dimintak atau dibeli. huhu
Padamsalam kenal..cantik bunga amaryliss ni =)
BalasPadamsalam kenal juga Emaa :)
PadamTingginya pokok ulam raja tu... selalu kita nampak katik2 je.
BalasPadamSedap wat ulam cicah budu. Dulu2 la... skrg dah lama tak mkn budu..
cicah kicap dgn cili padi pun sedap.
memang besar pun kak Sam. saya tunggu dia berbunga, nak kutip benih. tapi dapat sikit je dari pokok ni
Padamcantik...lembut warnanya.. saya ada yg warna merah...
BalasPadamcantik memang cantik ^__^
Padamcantik bunga ni..warna pun unik dengan lakaran dalamnya... ehem ehem ada peluang tak nak mengecek bulb ni .. yg kt kl ni mcm tu jek... tak keluar bunga lagi...daun kemain panjang.. tak tau warna apa
BalasPadaminsya-Allah kak mar. nanti saya try kecek lagi bulb ni dari mertua. pasu dia pun dah penuh sangat dengan bulb amryllis pink ni. nanti kita roger ;)
Padamokk..
Padam