Assalamualaikum dan salam sejahtera,
sudah menjadi kemestian pasangan yang berkahwin menginginkan zuriat sendiri untuk menyeri rumahtangga, juga menambah bilangan ahli keluarga dan meramaikan umat Muhammad; begitu juga saya dan suami..hampir 5 tahun bersama, dan mencuba akhirnya kami sedang menunggu buah hati pertama kami! yayy!! saya sangat teruja menikmati detik2 menjadi seorang ibu, merasai gerak baby di dalam rahim (dan juga bengkak kaki yang sekejap2 surut sekejap2 datang ni..huhu)
sesungguhnya saya sangat bersyukur diberi peluang memiliki rezeki yang tidak ternilai ini..dan buat sahabat2 saya yang sama2 berusaha pelbagai kaedah, teknik dan petua saya ucapkan SEMOGA BERJAYA! tawakal juga perlu..saya pernah rasai detik2 sedih menunggu itu, juga mendengar kata2 sinis dan perli dari orang sekeliling..kita buat bodo sudah, itu semua menambahkan stress! hargai masa anda berdua bersama suami sementara ada kelapangan..hidup mesti happy! enjoy ya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan