Siapa Lagi??


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Selain dari keladi bunting yang dari kecik anak memang dah 'bunting', ada satu lagi kejadian ni tapi ikut kitaran alam la - bunting dulu baru keluar anak. Haha. Ni budak hitam ni.

 photo PB210163_zps3a6a811c.jpg

Hitam ke coklat?  Anak-anak yang lahir pada 18 November 2013


Last time saya ada update si Gee Gee ni beranak 4 ekor anak sebelum ni. Sayangnya tak bersisa walau seekor pun. Kali pertama dulu habis seekor demi seekor anaknya diculik kucing. Setiap selang sehari hilang seekor. Sampai la ketahuan yang seekor kucing jantan memang rajin mengendap sangkar arnab ni dan tangkap anak-anak arnab. Itu pun setelah terkantoi saya ternampak kucing tu tengah bertinju dengan mak arnab dari celah-celah besi sangkar tu; malangnya selepas habis kesemua anak-anak arnab hilang secara misteri. So, no more mystery. Sobss...

Kali kedua saya dah get ready pasang dawai saiz 1/2 inci dan ikat keliling sangkar tu. Memang berkesan dari ancaman kucing tapi anak-anak arnab tetap mati seekor demi seekor tanpa sebab yang saya ketahui. Tak ada sebarang luka. Hipotesis - mungkin kekurangan susu.

Kali ketiga ni saya cuba tukar cara lain pulak. Masukkan Baja Haiwan dalam air minuman, beli hay yang cukup sebagai alas takungan (elak anak-anak arnab ni kesejukan kerana lahir ketika musim hujan melanda, juga sebagai makanan ibu dan anak arnab) dan pastikan dawai 1/2 inci masih kukuh! Alhamdulillah, nampaknya dengan izin Allah batch kali ni sihat-sihat dan cergas belaka.

 photo PB290186_zps105127bb.jpg

Gemuk-gemuk, geram tengok!

 photo PC150283_zpsd530db27.jpg

Duduk dalam auto-feeder. Memang muat-muat.


P/S: Auto-feeder, hay dan lain-lain produk berkaitan arnab boleh dapatkan dari Azura Rabbits

5 ulasan:

  1. assalammualaikum dik
    lama tak bersiaran kan.Semoga sihat selalu. Cantik lah warna coklet kelabu, lena benar mereka tidur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumussalam kak puteri purnama. terima kasih untuk ingatannya. Alhamdulillah saya sihat-sihat saja, moga kesihatan akak juga dalam keadaan terbaik hendaknya. Aameen ;)
      anak-anak arnab yang menjadi kesayangan. dah ramai yang tempah nak jadi pemilik. huhu

      Padam
  2. Arnab cepat membiak, boleh beranak 4-5 kali setahun. Nanti penuhlah kandang tu dengan arnab....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Pakcik saya punya arnab pun sekejap je dah jadi puluh-puluh ekor.

      Padam
    2. dia bunting dalam anggaran 1 bulan je. tapi kalau nak panjangkan hayat ibu ni at least lps 3 bulan baru sesuai dicampur dgn jantan. lagipun kalau dah banyak nak sumbat mana la pulak anak-anak arnab ni kan. huhu

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...