Terbaru Dari Laman Depan - Temu Pauh Dulu Dan Kini

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Temu pauh (Curcuma amada) yang saya tak berapa pasti bila mula dicambah di kebun depan, tapi berdasarkan date stamping pada foto nampaknya lebih awal sebelum Oktober 2012.

 photo P4081857_zps321e3d9f.jpg


Selepas berbulan-bulan, ia membesar dan rizom pun bertambah banyak - terlalu banyak hingga tak termakan. Pada April 2013, kembang sekuntum bunga Temu Pauh yang besar yang bertahan serinya lebih 2 minggu.

 photo P5011933_zps0a8d9fdc.jpg

Bila aktiviti ke luar daerah semakin kerap, kebun depan yang tak terbela mula bersemak. Anak-anak pokok Ulam Raja yang bercambah sendiri semakin naik tidak terkawal. Pokok Temu Pauh juga semakin membesar. Bila Puan Kebun tetiba terilham untuk menukar layout kebun, dengan bantuan Pak Bujal, pokok-pokok dicabut hampir kesemuanya dan beberapa jenis pokok ditanam dalam pasu. Temu Pauh ditanam semula di tempat yang lebih sesuai.

 photo P6192351_zpsb9a43af6.jpg
Lebihan yang terbiar kering

 photo P6192350_zpsae25eab6.jpg
Cambahan baru

Kami bersihkan semak samun dan menambah beberapa pasu, tempayan dan tayar lama sebagai tarikan.
Terbaru...

 photo P6182339_zpsb280aa93.jpg
Tempayan penuh berisi air berikutan amaran krisis air. 
Ikan tak beli lagi! Arghh!

 photo P6182342_zps50ac3c89.jpg
Lokasi Temu Pauh kini di penjuru atas sebelah kiri



12 ulasan:

  1. Salam wani,
    temu pauh nie family lengkuas kunyit jugak kan..senang tumbuh nampaknya tuh, tak kesahlah tukar tempat baru pun kan..yg pasu ngan air tuh ade cita2 bela ikan plak yer..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah, jenis lengkuas kunyit yang saya tak tau nak guna buat apa selain ulaman. kena tunggu resipi En. Iskandar nampaknya.
      tempayan tu nak isi ikan pemakan jentik-jentik je. terlalu kecik nak isi ikan yang comel-comel.

      p/s: ummuaidan apa khabar? harap akak dan baby dlm tu sihat. baby..bila nak keluar? heheh

      Padam
    2. Dah lama tak letak resepi kat blog. Temu pauh muda kami buat kerabu. Buat ulam pun enak.

      Padam
  2. Bila xtahu nak ada rumah sdiri ni.. nak menanam herbs jugak. cam jamie oliver tu..nk masak je, petik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? tengok rumah mat dan minah salleh tanam herbs kat tingkap je, gemuk-gemuk pokok rasa macam nak kidnap je sepasu dua. huhu

      Padam
  3. Balasan
    1. cepat betul membiak, sampai tak terurus :p

      Padam
  4. Wah temu pauh Wani besarnya. Kami punya kecik je sebab roselle sepakat menjadi hutan rimba tersoroklah si temu pauh.

    BalasPadam
  5. Assalamu'alaikum warahmatullah. Saya mencari benih temu pauh dan saya mohon jasabaik puan jika tak menyusahkan, untuk mengeposkan saya benihnya dalam setengah kg atau 1kg. Saya bersedia membayar kosnya. Mohon respons daripada puan, terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumussalam. insya-Allah boleh. tolong emailkan maklumat pada saya di waniazhar09@gmail.com. t.kasih

      Padam
  6. Saya baru saja buat jeruk temu pauh..mcm biasa hiris nipis tuang cuka takat tenggelam temu pauh bubuh gula n garam sikit..biar kn semalam..sedap mkn dgn nasi..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...