Cerita Kebun

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Akhirnya tertangguh juga nak bercerita pasal kebun. Beberapa hari ni dok mengerjakan kandang arnab sebab nak ditinggalkan pergi Serdang selama 3 hari bermula semalam sampai esok. Tak sampai hati nak tumpangkan ke rumah jiran sebab dah 6 ekor pula yang dia nak kena tolong jagakan, dengan baby arnab tu pun tak boleh diganggu sangat takut stress pula ibu rabbit nanti. Selepas menyambung tangki minuman dan beli auto-feeder secara online, baru lah boleh tinggalkan rumah tanpa rasa bersalah. Weeee...



Kebun depan rumah dah berubah bentuk hampir 80%. Ada pokok yang dibuang, ditanam dan dipindahkan. Landskap pun dah berubah tapi lupa pula nak tangkap gambar.

Apa yang ada je la ye..huhu

 photo P6102149_zps44705264.jpg

Pokok kari ni akhirnya saya togelkan jua sebab teruk diserang larva kumbang kura-kura yang macam alien tu. Tinggal balik kampung hampir seminggu, pasrah je la bila balik tengok pokok dah berkarat. Saya pangkas semua tangkai dan bakar. Gambar ni diambil beberapa hari selepas dipindah ke kawasan baru. Nampaknya daun-daun baru dah mula tumbuh. Syukur..

 photo P6102151-1_zps06a43075.jpg
 
Ini pula pokok bunga yang sebelum ni letak di laman depan. Lama sangat tak pindahkan sampai akar dah terlalu dalam tak dapat nak buat apa, terpaksa tarik je sampai putus akar tu. Sedih juga bila tengok pokok layu dan daun pun kering dan gugur. Tapi dengan gigih dan penuh harapan saya tetap siram juga hari-hari. Sekarang daun-daun muda sudah kelihatan dicelah-celah ranting kering.

Sementara tu kepada kawan-kawan yang budiman, saya nak mintak tolong kenalpasti pokok-pokok ni pula.

 photo P6102158_zpsbc302a8f.jpg
Adakah ini jenis yang sama dengan pokok 'lelilapan' atau 'lipan-lipan'?

 photo P6102157_zps1ca782a5.jpg
Bunganya berwarna ungu terang dan kembang pada waktu tengahari

 photo P6102162_zps80f88773.jpg
Jenis menjalar dan tumbuh dari keratan. Pokok tahan panas dan saya ada jenis bunga warna oren, merah dan 
merah jambu yang kembang pada waktu tengahari.

Tolong ye. Terima kasih :)

9 ulasan:

  1. owhh... yg kenal dlm picture last je... yg itu japanese rose...dia ni mmg senang hidup...yg kat rumah akak - tak beli pun... anak petik bunga dia kat nurseri... balik dia letak kat pasu... tetiba tengok lagi dah separuh pasu penuh - hidup sendiri... :)
    japanesa rose ni ada banyak variety dan color...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kak Maria. tinggal 2 jenis lagi tak tau nama :)
      baru la tau ini rupanya yang disebut japanese rose. tak lokek dia berbunga. tak sabar tunggu dia penuhkan area tu.

      Padam
  2. Testing comment... 1,2,3...


    Nampaknya warning tu dah tak muncul lg Wani. Alhamdulillah & syabas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..syukur sangat kak sam. bahana lama sangat tak hapdet blog la ni. kekeke. thank YOU! ;)

      Padam
  3. Dya Hanif telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "Cerita Kebun":

    Pic no.2 dlm pasu tu bunga apa ye?
    yg saya tau yg pic tgh2 tu.. wrna purple nama nya 'Purple Heart' @ Setcreasea pallida.
    yg last tu japanese rose @ moss rose.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tau kenapa komen Dya Hanif tak keluar dalam komen tapi keluar dalam email. apa pun terima kasih sebab identified pokok 'Purple Heart'. abah saya suka tanam pokok ni dalam pasu. ni dia bawakkan sikit dari kampung. bila dah panjang saya kerat dan tanam semula, senang betul dia tumbuh. bunga purple dia pun cantik ^__^

      Padam
    2. Dya Hanif telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "Cerita Kebun":

      Yelah tak keluar komen. hri tu komen, publish je. lps tu cek smula takde.tak tau knpa. Cantik kn purple heart tu, saya tanam rapat2 dua pasu, suka tengok color purple. Anyway your welcome ^-^

      Padam
  4. Bnyak perubahan nampaknyer kan laman wani nie..yg pokok2 tuh sorrylah kurang arif lak akak nie..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tahan la jugak berubahnya. Kena fikir banyak solusi untuk sayuran, terlalu banyak perosak. Buat masa ni tanam bunga-bunga dulu, tambah populasi pollinator :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...