Akhirnya tertangguh juga nak bercerita pasal kebun. Beberapa hari ni dok mengerjakan kandang arnab sebab nak ditinggalkan pergi Serdang selama 3 hari bermula semalam sampai esok. Tak sampai hati nak tumpangkan ke rumah jiran sebab dah 6 ekor pula yang dia nak kena tolong jagakan, dengan baby arnab tu pun tak boleh diganggu sangat takut stress pula ibu rabbit nanti. Selepas menyambung tangki minuman dan beli auto-feeder secara online, baru lah boleh tinggalkan rumah tanpa rasa bersalah. Weeee...
Kebun depan rumah dah berubah bentuk hampir 80%. Ada pokok yang dibuang, ditanam dan dipindahkan. Landskap pun dah berubah tapi lupa pula nak tangkap gambar.
Apa yang ada je la ye..huhu
Pokok kari ni akhirnya saya togelkan jua sebab teruk diserang larva kumbang kura-kura yang macam alien tu. Tinggal balik kampung hampir seminggu, pasrah je la bila balik tengok pokok dah berkarat. Saya pangkas semua tangkai dan bakar. Gambar ni diambil beberapa hari selepas dipindah ke kawasan baru. Nampaknya daun-daun baru dah mula tumbuh. Syukur..
Sementara tu kepada kawan-kawan yang budiman, saya nak mintak tolong kenalpasti pokok-pokok ni pula.
Adakah ini jenis yang sama dengan pokok 'lelilapan' atau 'lipan-lipan'?
Bunganya berwarna ungu terang dan kembang pada waktu tengahari
Jenis menjalar dan tumbuh dari keratan. Pokok tahan panas dan saya ada jenis bunga warna oren, merah dan
merah jambu yang kembang pada waktu tengahari.
Tolong ye. Terima kasih :)
owhh... yg kenal dlm picture last je... yg itu japanese rose...dia ni mmg senang hidup...yg kat rumah akak - tak beli pun... anak petik bunga dia kat nurseri... balik dia letak kat pasu... tetiba tengok lagi dah separuh pasu penuh - hidup sendiri... :)
BalasPadamjapanesa rose ni ada banyak variety dan color...
terima kasih kak Maria. tinggal 2 jenis lagi tak tau nama :)
Padambaru la tau ini rupanya yang disebut japanese rose. tak lokek dia berbunga. tak sabar tunggu dia penuhkan area tu.
Testing comment... 1,2,3...
BalasPadamNampaknya warning tu dah tak muncul lg Wani. Alhamdulillah & syabas!
Alhamdulillah..syukur sangat kak sam. bahana lama sangat tak hapdet blog la ni. kekeke. thank YOU! ;)
PadamDya Hanif telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "Cerita Kebun":
BalasPadamPic no.2 dlm pasu tu bunga apa ye?
yg saya tau yg pic tgh2 tu.. wrna purple nama nya 'Purple Heart' @ Setcreasea pallida.
yg last tu japanese rose @ moss rose.
tak tau kenapa komen Dya Hanif tak keluar dalam komen tapi keluar dalam email. apa pun terima kasih sebab identified pokok 'Purple Heart'. abah saya suka tanam pokok ni dalam pasu. ni dia bawakkan sikit dari kampung. bila dah panjang saya kerat dan tanam semula, senang betul dia tumbuh. bunga purple dia pun cantik ^__^
PadamDya Hanif telah meninggalkan ulasan baru pada catatan "Cerita Kebun":
PadamYelah tak keluar komen. hri tu komen, publish je. lps tu cek smula takde.tak tau knpa. Cantik kn purple heart tu, saya tanam rapat2 dua pasu, suka tengok color purple. Anyway your welcome ^-^
Bnyak perubahan nampaknyer kan laman wani nie..yg pokok2 tuh sorrylah kurang arif lak akak nie..:)
BalasPadamBoleh tahan la jugak berubahnya. Kena fikir banyak solusi untuk sayuran, terlalu banyak perosak. Buat masa ni tanam bunga-bunga dulu, tambah populasi pollinator :)
Padam