Eksperimen #04: DIY Baja Hijau


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Setelah sekian lama tidak bereksperimen, kali ni kita cuba buat baja sendiri pulak dan tengok hasilnya macam mana ;) 

Bahan-bahannya mudah diperolehi, jimat dan tentu sekali organik! Tambahan pula bila hari yang sepatutnya digunakan untuk berkunjung membeli baja dan tanah di nursery sudah dihabiskan di AEON Anggun dan bersiar-siar di Daiso mencari pasu. Huhuhu. So, kali ni kita proses baja yang sudah diperam lebih dua minggu sebagai makanan untuk tanaman sekitar rumah. Sebenarnya lebih lama baja ini diperam adalah lebih elok.

Memandangkan saya campur sedikit kulit mangga (sisa dapur pada petang itu) dengan sisa kangkung tua dari laman belakang, hasil peraman berbau seakan pisang tamat tempoh. Baunya manis saja, tidak busuk sama sekali. Saya mula memeram pada 10 Jun dan memerahnya pada 27 Jun - 17 hari.

Saya rujuk artikel di sini sebagai panduan. Muat turun 100 tip tanaman untuk lebih banyak maklumat berguna untuk pertanian baik. Tunjuk cara di sini hanya sebagai panduan dan membuktikan membuat baja hijau tidaklah sesusah atau serumit sehingga kita tidak boleh membuatnya sendiri di rumah. Longgarkan sendi-sendi anda dan mula memeram! :D

Wordless Wednesday


Tangan Gulung-Gulung, Kaki Terkial-Kial - Berenang Dalam Restoran Arab

Photobucket


Bila Balik Dari Bercuti


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Kawasan tanaman sekitar rumah dah mula bersemak sejak hujan mula turun beberapa hari lepas. Balik dari Johor saya juga perasan serangan serangga perosak yang sangat aktif, tapi memandangkan jadual perjalanan yang padat saya tidak sempat untuk menguruskan kesemua pokok-pokok. Pulang dari Kemaman hanya dapat menghapuskan beberapa ekor ulat bulu dan menarik keluar rumpai yang sempat dicapai tangan semasa menyiram pokok. Hmm, kira ok lah. Sorry my Darls! Huhu.

Photobucket

Di celahan daun sweet basil. Tak pernah belek, mujur baca blog Kak Maria. Thanks :)

Suami Kerja Laut, Bini Makan Pasir..Perosak…


Asssalamualaikum dan salam sejahtera,


Hari ni hari ke-3 kami di Kemaman. Kursus Pak Bujal sepatutnya habis hari ini, dan kebiasaanya kalau dia habis kursus awal kami akan terus balik pada hari yang sama. Tapi memandangkan semalam kami dah jumpa port baru untuk bersuka ria maka terpaksa tangguh satu hari lagi. Hari ni kita enjoy! Hahahaha.

Photobucket

Terserempak dengan obor-obor di port baru. Ngeheheh.

Perosak


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hari ni saya berada di Batu Pahat, rumah mertua. Tak banyak sangat nak cerita. Ni sementara tunggu anak dan suami bangun tidur petang, masuk sikit gambar. Laju wey internet kat Batu Pahat! Petang ni nak balik Pagoh, sure rasa malas nak online sebab internet kat sana laju sikit je dari siput. Streamyx yang dah ditempah masuk kat Rawang masih belum boleh beroperasi sebab nak tarik wayar masuk rumah sangkut pulak, ruang kabel bawah tanah tersumbat. Nak kena korek apa lah. Duit juga tu. Nak pasang yang jenis tiang tu laaagi banyak duit. Haaaaiahhh….

Cerita pasal kebun pulak. Ni la rupa beberapa perosak (pests) yang dapat saya tangkap dan musnah.

Photobucket

Pokok cili besar yang tiba-tiba patah, rupanya
bukan 'tiba-tiba'

No Story Time


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Petang ni nampak mendung sikit. Time macam ni mula lah internet buat hal. Selama ni saya guna khidmat ‘orang kuning’ untuk online, so secara logiknya bad weather akan menyebabkan bad coverage yang seterusnya gua pun jadi a bit annoyed lah! Huhuh. Beberapa hari lepas suami called bagitau yang dia dah confirm dengan syarikat telco untuk masuk land line dan Streamyx, harap-harap outcomenya nanti lebih bagus berbanding ‘orang kuning’ ni. (Syoh, duduk jauh sikit lah!)

Tapi yang best eh, time mendung-mendung ni tetiba dengar jiran laung salam.

Photobucket

Projek Ahad


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Malam tadi angin punya lah kuat, hujan pun lebat. Family kakak anak-beranak datang rumah. Memang riuh sikit tapi seronok tengok Sara ada kawan. Pagi semalam jiran sebelah rumah pun baru je balik dari cuti seminggu kat kampung kat Kedah, sunyi sikit lah minggu lepas tak dengar budak menjerit-jerit. Hari ni dah mula riuh semula. Iye lah, anak jiran sebelah ni 8 orang. Sorang kat Mesir, 3 duduk asrama. Cuti sekolah ni semua yang duduk asrama tu balik. Biasanya yang kecik-kecik 4 orang tu pun dah boleh memeriahkan petang-petang kitorang. Tapi masing-masing masih malu, jemput singgah rumah pun masih segan-segan. Heheh.

Ok, sambung balik program menanam dan memindahkan anak pokok sebelum Big Boss balik Selasa ni. Pehh, makan masa 2 hari bila ditemani si Sara ni. Nak kasik dia biasa dengan suasana menanam supaya dia minat nak join hobi maknya dan minat makan sayur. Tapi tengok gaya dia lebih risau tangan yang kotor kena tanah dan gangguan lalat. Amareka la mu nih!

Photobucket

Friday, I’m in Love


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hari ini sudah Jumaat, masa untuk buat entri banyak-banyak! Hahaha (eleh, macam la ramai sangat nak baca entri dia. Kih kih) Sementara Sara tengah tidur petang ni, (selepas mengemas mainan dia yang berkati tu..mak aihh, macam tongkang pecah!) adalah lebih baik menyempatkan diri menulis sikit.

Ada beberapa gambar nak masuk dalam gardening log. Ini semua adalah tanaman pertama saya, boleh rujuk lain kali – bila masa sesuai nak menyemai, memindah dan mengutip hasil. Saya tak spesifik tarikh pada posting tapi saya letak date stamping pada gambar untuk rujukan tarikh sebenar. Antara pokok yang paling saya tak pasti nak tanam dan jaga adalah lobak merah dan kentang. 

Ingat tak dulu ada post pasal Russet potato yang dah banyak keluar mata tu. Saya tanam juga tapi dalam paip PVC. Memang bekas yang kecil, tapi apa salah mencuba. Nak juga tengok pokok kentang. Kalau betul boleh tumbuh lepas ni boleh cuba tanam dalam bekas yang besar sikit.

Photobucket

Di Suatu Petang...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sara: Mama, banyak yayat(lalat)! (tangan kipas-kipas halau lalat)
Mama : Tu la yang pelik tu. Lalat tak kacau Mama pun. Ni mesti sebab Kakak bacin, Mama tak bacin. (jeling tengok reaksi dia)
Sara: (muka pasrah kena kacau dengan lalat. 2 ekor je pon!)

Tiba-tiba eh..

Sara: MAMA, TOYONG! BANYAKNYA YAYAT! TOYONG AA, KAKAK BACIN. MAMA TAK BACIN!!!
WAKAKAKAKAKAKAK…..rasa macam nak tergolek gelakkan budak sorang nih LOL


Sebab budak kecik ni asik merengek lalat la, plane terbang nak kene Maknya tengok sampai hilang dari pandangan la, kucing datang nak kene tegur sama-sama la, burung terbang pun nak tegur juga lah, dah tu nyamuk lagi..aahhhh, keje pun tak siap. Sini kan dah dekat dengan Subang, bayangkan la berapa kali nak merenung langit tengok plane!

Photobucket


 Tengok, banyak tak tanam lagi

Wordless Wednesday



 Hari frust

Photobucket


Hari rajin

Photobucket


Resipi: Kung Pao Chicken – Super Easy, Super Yummy! :P~


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Ini mungkin adalah salah satu resipi yang saya jumpa di internet, saya cuba dan terus jatuh cinta sampai masak 2-3 kali dalam minggu yang sama (masa suami outstation lah, kalau tak jemu juga dia)! Hahaha. Paduan rasa sos dan ayam yang digoreng tepung serta kapsikum memang kena sangat dengan selera saya.

Biasanya bila tengok cerita dari Barat mereka suka pesan menu Kung Pao Chicken ni dari restoran-restoran makanan cina, bawa balik dalam kotak kertas dan dimakan menggunakan chopstick. Terasa cam ‘fuyyoo, mat saleh guna chopstick!’ keh keh keh. Dulu la, masa masih poyo-poyo dulu :p

Photobucket
Makan dengan bubur beberapa hari lepas pasal mak 
budak sakit - gusi bengkak. Nak tumbuh gigi agaknya LOL

Eksperimen #03: DIY Origami Newspaper Pots


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Kelmarin saya perhatikan yang cambahan dari semaian saya pada bulan lepas banyak yang sebenarnya sudah boleh diasingkan atau dipindah ke tapak menanam. Anak-anak pokok ni kalau kita terlewat pindahkan kadang-kadang resultnya kurang memuaskan. Sudah beberapa kali berlaku sebelum ni terutamanya bila terpaksa balik kampung berminggu. Memang tak dapat nak buat apa lah. 

Masalahnya saya tak prepare lagi tapak sesuai untuk pindahkan anak-anak pokok ni nanti. Banyak juga space nak pakai tu sebab banyak jenis dan system buddy atau companion planting pun saya tak habis study lagi. Huhuhu. So habis baik boleh buat pun asingkan setiap anak pokok ke polibeg lain supaya akar dapat space lebih besar untuk tumbuh dan berkembang. Selebihnya kena cepat-cepat habis study dan kerja kuat sikit untuk buat tapak menanam. Arghhh~

What To Expect: Sequel Pneumonia Dan Anak BALITA, BALITA + Ubat = Seksa!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Nota: Sila berjumpa doktor atau pakar untuk nasihat perubatan. Kisah ini hanya sebagai rujukan berdasarkan pengalaman dan ia tidak semestinya menepati situasi dan kondisi berlainan.

Sambung balik cerita hari tu sebab ia penting untuk ibu bapa prihatin sekiranya anak-anak mereka penghidap Pneumonia. Satu pesanan penting: sila follow up perkembangan anak di Hospital/klinik pakar kanak-kanak selepas anak sembuh dari serangan kuman/virus penyebab Pneumonia. Anak-anak mungkin nampak sihat selepas mengambil antibiotik yang dibekalkan, tapi tolong check keadaan mereka untuk kepastian (dan pastikan tau apa jenis/nama antibiotik yang anak-anak ambil sebelum jumpa doktor tu ye).

Selepas balik dari Kemaman tempohari kami balik Johor semula untuk uruskan kereta (Alhamdulillah we’ve got our Kak Zora back!). So ambil kesempatan untuk ke Hospital Pantai Batu Pahat. Doktor tu berminat juga untuk tanya kenapa kami datang untuk jumpa pakar walaupun anak sudah sembuh? Saya bagitahu walaupun anak dah nampak aktif, naik selera makan dan tidak demam-demam, tanpa stetoskop saya masih boleh dengar bunyi yang pelik bila Sara menarik nafas ketika dia tidur. Mungkin hanya kahak memandangkan dia juga selsema dan batuk sebelum tu tapi selagi saya tak tau apa perkembangan pada paru-parunya mesti lah saya tak puas hati. Well, benda tak nampak kan, kena lah berhati-hati dan tanya pada yang pakar.

Photobucket

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...