sara dah tumbuh gigi!

tgk tajuk pun dah tau kenapa saya happy sgt hari ni..haha..cam jakun pun ada..dah lama saya tunggu saat ni, kawan2 sebaya Sara masing2 dah tumbuh 4 btg gigi tp dia masih menyengih nampak gusi SAHAJA! hehehe

spjg hari sejak tghari saya terperasankan gigi sulungnya tu, tak tau dah berapa kali saya sentuh gigi itu..sampaikn adik sound, asyik2 dirasa je kang gigi tak jadi timbul..hahaha!

sebenarnya saya rasa sayu juga..rasa mcm baru beberapa hari je Sara lahir..skrg dia dh sampai ke milestone yg baru..lepas ni berjalan, berlari, ke sekolah..ah, masa mmg begitu cepat berlalu..kalau boleh Mama nak Sara sentiasa dekat utk mama peluk dan cium..jadi anak yang baik ye sayang..Mama sayang kamu! mmuah!

installing Picasa


saya baru berhasrat mahu upload gambar di dalam entry2 yg lepas..tapi dengan connection internet yg lembab bak siput ni macam tak ada harapan nak upload laju2..ahhhh..bosannya....apa pula dengan Picasa? nak download file pun tersangkut2..nampak gaya terpaksa tinggal tidur ni, esok la saya godak2 lagi...orang tua ni kalo belajar ada sikit lambat laaa...hahahahah...mengaku tua sudaa

antara kek dan roti


saya bukanlah pakar dalam hal masak memasak, tetapi saya suka bereksperimen..dulu saya memang tak pandai memasak - saya berminat tapi selalunya hasilnya kurang memuaskan..jadi kebanyakan cita2 tu berakhir di situ saja, bersama tepung keras yg kurang uli dan biji bawang yg bercambah pucuknya itu.....

tapi sekarang tidak lagi..bermula dgn buku2 masakan yg saya beli sejak berkurun lama, juga pengaruh kawan2 di forum yg sering berblog menunjukkan skill dan hasil masakan masing2; saya bersungguh2 untuk mencuba! ya, mencuba hingga berjaya! ha ha ha ha ha ha! (mcm iye2 je..huhu)

antara kek dan roti, mana yg saya suka? 
dari segi penyediaan, pada saya roti lebih mudah disediakan..itu pun sekadar bun manis asas - ulian tangan, untuk makanan sendiri..kalau untuk jualan saya tak pasti la..tetapi dari segi 'nilai tampak', saya sukakan kek! walaupun bukan hasil tangan sendiri..kek saya biasanya togel tanpa hiasan sbb saya belum cukup mahir untuk mencuba..tapi saya akan mencubanya..ermm, satu hari nnt..... :p

roti kurang ragamnya..asalkan ikut sukatan yg betul, yis yg bagus, masa merehat doh dan menguli yg cukup, insya-Allah pasti menjadi..sbb biasanya saya buat mmg menjadi..tapi kek, kalau cuma jenis yg kembangkan mentega dan gula, aduk2 tepung, masuk telur, mungkin senang kot..tapi kalau jenis yg kene meringue, water bath..aa, yg tu mula gelabah sikit..tapi saya tetap mencuba..satu hari nanti boleh la saya share di sini..byk juga koleksi homemade bread dan kek yg saya dah cuba..kalau tak jadi, memang kena cuba lagi..huhu..

satu je masalahnya bab mengeksperimenkan barang2 runcit ni ialah apabila suami ada di rumah, sbb dia tak suka saya habiskan byk masa di dapur..jadi segala mcm angan2 tu terpaksa saya simpan sehingga masa dia outstation selama 2 minggu..cukuplah masa untuk saya mencuba jaya waktu itu..kalau terbukti resepi sedap dan senang baru lah saya boleh praktikkan semasa dia ada..kalau tidak, lupakan sajaaa......


Sara yang suka menjilat lantai T.T


Pada usia 11bulan, si kecik Sara saya sangat gemar menjilat apa saja barang yg dia jumpa atau lihat..tak kira lah samada ianya lipatan tikar, mainan, handphone pakcik atau neneknya, kerusi makan di gerai, malah dagu saya! huhuhu…

hari ini saya cuba train dia untuk mengambil barang yg jauh untuk saya..saya point jari telunjuk saya pada remote ASTRO yg agak jauh dari dia juga..saya ulang2 ayat yg biasa saya ucap bila minta sesuatu barang dari tangannya…
“Sara, mama nak..yg tu..Sara tolong ambilkan ye..mama nak..”

Dia pandang muka saya, dia pandang remote itu pula..ulang lagi pandang saya, pandang remote lagi..pelik agaknya bila disuruh2 ni..mula2 dia macam kurang berkenan dgn permintaan saya..dibalingnya saya dgn segala gajah, zebra, badak sumbu (owh, ianya hanya permainan yg kami belikan semasa melawat Taman Rama-Rama tempoh hari..kalau yg original maunya tak penyek mama cekedingnya ni…)

Lama juga saya meminta, dia nampaknya agak keliru..tapi bila perlahan2 saya tolak montot gebunya semakin hampir dengan remote, dia mula mencapainya dan mencampakkan remote tersebut ke arah saya..walaupun agak kurang sopan tapi saya tetap memuji..
“bagus..pandainya anak mama..macam ni la budak pandai..lain kali bagi elok2 ye, jgn la campak2..”

Sangka saya dia pasti akan tersenyum meleret selepas dipuji (well, selalunya memang macam tu la reaksinya bila digelar ‘anak yg pandai’), tapi dia nampaknya kurang puas hati lalu meniarap dan menjilat lantai! ianya adalah kelakuan yg baru dipraktikkan beberapa minggu lepas..bila marah je jilat lantai..aduh, patut la batuk..mama suh makan nasik ko tak mau, ko pegi makan rambut la, semut la..seb baik ko takut ngan ulat gonggok kan Sara..kalo tak memang menjawab laa…huuuuu


Melaka (part 3 - end)


Hari ke-3

Kami memulakan langkah ke Taman Rama-Rama Melaka..saya sangat berpuas hati dengan kunjungan ini kerana kami dapat lebih dari apa yg kami harapkan..bukan sekadar rama-rama, malah pelbagai jenis reptilia, burung…monyet pun ada!  Terdapat juga kolam ikan koi, landskap menarik dengan gua2 mini, taman yg indah dengan air terjun buatan..owhh, sangat cantik! Rugi kalau tak memasukkan Taman Rama-Rama dalam jadual pelancongan ke Melaka :)

Tanpa disedari berjam2 masa dihabiskan di dalam Taman Rama-Rama, kamera mula memberi isyarat untuk berehat..badan juga sudah letih, Sara sudah meragam mahu tidur, jadi kami pulang ke homestay..malam ini ada rancangan lain pula..better rehat2kan badan dulu…

Aktiviti malam ketiga sudah dari awal2 lagi dirancang sebenarnya - untuk ke Night Zoo Melaka..tapi sayang seribu kali sayang, jam 9pm kami sudah tiba di depan kaunter tiket yang gelap gelita..notis ditampal menyatakan kaunter tiket akan dibuka semula dari jam 8pm hingga 11pm untuk sesi malam, tapi sudah jam 9pm pun kaunter masih tak aktif lagi..aduh! ini la yang tak bestnya bila rancangan tak menjadi..tension!

Jadi kami mula hilang arah nak menghabiskan malam ini..suami dah takde plan nak ke mana, so just jalan2 ke Bandar Pahlawan..mula2 bercadang nak ke Melaka Sentral, tapi last minute bila ternampak cahaya lampu sorot ala Batman ke langit malam, kami dah ada idea nak ke mana – FUNFAIR! Yes, satu pilihan yg baik! Memandangkan lawatan ke funfair pasti sangat menyeronokkan untuk Sara (dan abah Sara yg katanya tak pernah masuk funfair..huhu),  round2 dulu tgk game yg best2; ada rumah hantu, tikam2 bermacam jenis tikam, baling gelung atas botol, baling bola, tangkap itik, BINGO..itu belum termasuk roda feris dan roller coaster yg bermacam jenis..rasanya yg itu kami tak akan naik la kerana suami sgt takut dengan kelajuan roller coaster..huhu..sama je dengan saya..heheh….

Kami main beberapa jenis permainan termasuk menaiki roda feris..dapat lah beberapa patung mini dan pensel tekan sebagai hadiah (pasal tak menang besar..uuu) dan begitulah malam terakhir kami di Melaka berakhir…
 

Hari ke-4

Selesai mengemas barang2 dan bersiap2, kami bertolak menuju ke Alor Gajah untuk aktiviti terakhir sebelum balik ke Muar..suami dah list down beberapa destinasi yg sesuai termasuk la Pantai Tanjung Bidara dan Planetarium Al-Khawarizmi..kami tiba di Planetarium jam 12.30pm, jadi sementara menunggu masa rehat tamat jam 2pm (tapi di jadual lawatan sepatutnya masa rehat bermula jam 12.30pm hingga 1.30pm sahaja..biasa lah kan…), kami singgah dulu di Tanjung Bidara untuk makan tengahari dan snap sikit gambar kenangan..Sara takut pula nak bertatih di atas pasir, jadi terpaksa la mama dan abahnya berganti2 mendukung..haihhh…..

Jam 2pm kami kembali ke Planetarium, pegawai2 masih belum bersedia untuk menerima pelawat..jadi dalam kepanasan tu kami menunggu lebih kurang 15minit sebelum dibenarkan untuk meninjau kawasan pameran..ruang pameran memang mengkagumkan dengan pelbagai informasi menarik mengenai sains dan astronomi dalam konteks islamik..pergerakan bumi, bulan, matahari dan seluruh cakerawala..bagaimana ia terbentuk, berfungsi dan musnah..juga pelbagai alatan yg digunakan oleh para pengkaji Islam dalam menentukan waktu2 solat, arah kiblat, awal Ramadhan dan Syawal dan banyak lagi..batu meteorite yang asli juga dipamerkan..saya betul2 kagum dan teruja sekali..

Seterusnya pegawai bertugas membawa kami masuk ke ruang planetarium untuk tayangan video..hanya kami bertiga saja pelawat yg ada pada masa itu, jadi suka suki la siap menenenkan Sara bila tayangan video bermula, pasal Si Sara asik meragam..takut gelap agaknya..habis tayangan video di kubah, kami dipersembahkan pula dengan tayangan video 3D..menggunakan kaca mata 3D yg disediakan, tayangan memakan masa hampir 20minit juga..Sara dah kehabisan tenaga meragam dan tertidur keletihan..baru lah aman sikit..hehe..lagipun kesian juga pada penonton lain yg turut serta dalam dewan pada masa itu, takut terganggu dengan jeritan anak manja saya…huhu

Siap tu, kami round2 sekitar planetarium..menuju ke Balai Cerap untuk menggunakan sendiri binocular yg disediakan untuk meninjau panorama sekitar pantai Tanjung Bidara..byk info tersedia sepanjang laluan yg digunakan..semuanya sangat mengkagumkan sekali..

Puas bergambar dan membaca serba sedikit maklumat menarik, kami bergegas untuk bertolak balik..jam sudah hampir 5pm, anak sudah tertidur, suami sudah berpeluh2 dan saya sudah batuk2 sampai letih..perjalanan balik tidak lah sejauh semasa mencari Balai Cerap awal2 tadi, berpusing2 tak tau ke mana arahnya..papan tanda langsung tidak memberi info jarak ke Planetarium.. kalau berhajat untuk melawat,  pastikan anda menghala ke kem Terendak..for sure akan jumpa Planetarium Al-Khawarizmi tersebut..lawatan ke sana pasti tak rugi punyer, malah sangat sesuai dan bermanfaat sekali untuk pelajar2 sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi…..

Punya lah sibuk nak balik sampai terlupa nak membeli buah tangan..belacan Melaka pun tak beli…ayarkk! Yang itu memang sangat rugi………. =.=''

Melaka (part 2)


Hari ke-2

Pagi Ahad, selepas bersarapan pagi kami menuju lokasi pertama – Taman Buaya Melaka..hmm, sebenarnya saya agak kecewa juga berkunjung ke sini kerana mengikut website aktiviti pelancongan negeri Melaka ada pertunjukan buaya jam 11.30am tetapi yg ada hanya pertunjukan silap mata dan persembahan ular saja..itu pun masa menunggu agak lama untuk persembahan tak berapa minit..huh..sangat tidak berbaloi..tetapi Taman Buaya juga ada menyediakan taman tema air untuk yg gemar bermain air, cuma pastikan anda membawa pakaian renang yg menepati syarat saja…

Tidak jauh dari Taman Buaya kami menuju ke Taman Botanikal Melaka pula..pengunjung boleh menyewa buggy dengan 4, 6 atau 8 tempat duduk atau untuk yg lebih ringkas menyewa motosikal berkuasa elektrik berkerusi  1 atau 2..nak ringkas lagi, sewa saja basikal elektrik..pengalaman mengelilingi  Taman Botanikal di celah2 pelbagai jenis pohon dan tanaman dengan memandu sendiri buggy atau motosikal elektrik memang menyeronokkan..kadar sewanya juga berpatutan..dan sepanjang ronda2 taman tu kita boleh berhenti untuk snap gambar kenangan di taman bertemakan cerita kanak2 di satu bahagian Taman Botanical..sayangnya Sara sudah mula mengantuk, maka mamanya lah yg beriya2 berposing di sebelah kura2 dan arnab yg berlumba, juga kancil yg hendak menyeberangi sungai dengan memijak buaya, juga gagak ygg mengisi batu ke dalam takar untuk minum air..hehehe

Bateri kamera mula berkelip hampir kehabisan kuasa, begitu juga lampu Ultraman saya ..sangat letih..jadi kami balik ke homestay untuk recharge bateri kamera dan tenaga..huhuhu…….

Malam kedua kami habiskan dengan menaiki River Cruise sepanjang sungai Melaka..specialnya cruise kali ini kerana ada penyanyi yg akan melayani kami sepanjang perjalanan pergi dan balik dari jeti ke muara dan berpatah semula ke jeti..hoho..sangat tidak terjangka kami menaiki bot yg betul kerana ia sebenarnya tidak termasuk dalam pakej cruise biasa yg kami pilih..selalunya untuk naik bot siap dengan persembahan hanya dalam pakej VIP, dengan bayaran lebih RM10 sahaja pun..hehehe

Dalam perjalanan ke muara, kami diberi penerangan mengenai serba sedikit sejarah sungai Melaka, kampung tradisi (Kampung Morten) dan beberapa bangunan sepanjang sungai Melaka, termasuk replika kincir air..semasa perjalanan balik ke jeti pula persembahan dimulakan dgn nyayian lagu2 tradisi dan lagu kanak2..saya dan suami serta anak sangat seronok..
”Letchum, Letchum, Letchum oo la la…burung kakak tuaa~” :D

Turun dari river cruising kami berjalan2 sekitar Jalan Kota, merakam kenangan di Stadhuys dan replika kincir air..menikmati keindahan malam di Bandar Hilir, di tepi Sungai Melaka..paling bermakna kerana percutian pertama bersama si kecik sangat menarik bagi kami…

Jam 11pm, kami balik dengan hati yg gembira, merangka plan untuk hari ke-3 pula….

Melaka (part 1)



Ahhh..jumaat yang indah (kecuali cuaca panas yg menyucuk)..setelah beberapa hari jadual saya padat dengan aktiviti cuti2 dan jalan2, hari ini saya betul2 free untuk mengadap pc semula..

Kunjungan kami ke Melaka sangat menggembirakan..4hari 3 malam dihabiskan dengan jayanya..walaupun ada beberapa perancangan tidak berjalan dgn baik, tetapi secara keseluruhan ianya sangat menyeronokkan! :)

Saya akan ceritakan pengalaman kami dalam beberapa bahagian memandangkan karangan saya nampaknya terlalu panjang untuk dimuatkan dalam 1 bab..gambar2 akan diupload kemudian sebab ia masih belum ditransfer ke dalam pc..

Hari pertama

Kami memulakan acara dengan berkunjung ke rumah kawan lama suami yg melangsungkan perkahwinan di Alor Gajah..hampir satu jam bertemu kawan2 lama dan teman sekerja, kami meneruskan perjalanan ke Homestay Pak Aman yg kami telah book di Bukit Katil, berhampiran MITC, Melaka..

Jarak antara Alor Gajah dan Ayer Keroh, ditambah kesesakan lalu lintas di kawasan MITC pada waktu puncak dan kesukaran mencari alamat homestay menyebabkn hari pertama kami habis begitu sahaja..badan pun sudah letih, tak nak sampai ada yg jatuh sakit kerana penat, jadi kami berehat2 saja sementara menunggu malam, mengemas barang2 dan meninjau2 sekitar rumah.. rumah yg agak selesa juga, lagipun kami tak merancang untuk habiskan byk masa di rumah tumpangan..tak syok lah kan..hehehe

So malam pertama selepas dinner di kedai makan berhampiran homestay, oleh kerana saya mula batuk beberapa jam sebelumnya, kami bercadang mencari klinik untuk mendapatkan ubat batuk..agak payah mencari kerana jam sudah hampir 10pm dan kami tak tahu di mana letaknya klinik 24jam..round2 satu bandar akhirnya bertemu juga Poliklinik Perdana di Jalan TU 2, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh..ambil ubat dan balik untuk tidur..sangat penat bila meronda tanpa hala tuju….


berkubang di musim tengkujuh


sudah beberapa hari hujan turun sekejap2 - sbnrnya hampir setiap hari dan kadang2 cukup lama! beberapa negeri termasuk Johor, Negeri Sembilan dan Melaka dilanda banjir teruk..err, adakah ianya Melaka?? Melaka!! arghh, harap2 la impian percutian saya tak hanyut bersama banjir itu! uuuu~

dijadikan cerita, minggu ini seperti biasa kami sekeluarga bertandang ke rumah MIL di Batu Pahat, dan kebetulan bersempena Hari Wilayah dan Tahun Baru Cina, my sis in law sekeluarga bercuti balik kg (rumah MIL kat bandar sbnrnya) pastinya Sara sgt seronok dapat bermain2 dgn sepupu2nya yg 3 org itu..

pagi ini cuaca agak baik..jadi rancangan telah dibuat untuk bermandi manda aka berkubang di Wet World Batu Pahat..perjalanan memakan masa hanya 15minit dan kami tiba di sana around 10.30am..tak ramai pengunjung, cuaca redup tp tak hujan, kanak2 gembira..sgt seronok!

ini pengalaman pertama Sara bermain air di taman tema, selalunya dalam tab mandi je..ciann..so mula2 tu agak malu2 kitty la, menangis kejap2 bila duk dlm air..tp makin lama makin happy dan excited lebih2 lg bila dpt tiarap kat area air cetek utk baby..owh, sgt kurang senonoh dan lupa diri skali perangainya..

3 jam berlalu sehinggalah hujan turun renyai2 juga akhirnya..anak2 berlari ke kanopi dan mak bapaknya mula berkira2 utk berkemas balik..

selepas siap menukar pakaian, kami ready utk bertolak balik..Sara pun nampaknya sgt penat, siap je tukar baju terus terlelap..

for me Wet World sgt seronok utk dikunjungi, bermacam permainan tersedia dan ada juga ombak tiruan pada mereka yg gemarkan keseronokan bermain air..bayaran masuk utk kenderaan hanya RM2 utk kereta dan RM1 utk motosikal, manakala bayaran masuk individu pula RM15 utk dewasa dan RM12 utk kanak2 (harga bergantung pada cuti umum/perayaan or weekdays..kami masuk pada harga cuti perayaan (CNY))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...