Peria Comel


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Selain peria biasa bersaiz besar dan peria katak, pernah dengar peria comel? Hahaha. Suka-suka hati kan nak bagi nama. Tapi saiznya memang comel. Jiran saya kata peria kampung. Entah le, tak pernah tau. Asal ada rasa peria pun dah cukup >_<

 photo PC210323_zps8b69b805.jpg

Saiz ibu jari je

Carnation Chabaud


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Al-kisah dari banyak-banyak benih yang saya semai naik lah satu pokok yang tak dikenali gara-gara malas nak melabel. Tunggu punya tunggu berbunga lah ia akhirnya.

 photo 8cc4aca7-fc98-4784-9e3d-54bf8545a19e_zps3b846356.jpg

Carnation chabaud

Siapa Lagi??


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Selain dari keladi bunting yang dari kecik anak memang dah 'bunting', ada satu lagi kejadian ni tapi ikut kitaran alam la - bunting dulu baru keluar anak. Haha. Ni budak hitam ni.

 photo PB210163_zps3a6a811c.jpg

Hitam ke coklat?  Anak-anak yang lahir pada 18 November 2013

Siapa Bunting??


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Habis congak hampir cukup setengah tahun tak update blog. Dah boleh masuk buku rekod ni. Huhu. Cerita hari ni pun dah hampir berkulat dek kerana lamanya duduk dalam kamera dan pc saja. Tapi bila dibelek-belek terasa sayangnya kalau tak diabadi dalam blog. Sesetengah gambar memang boleh memberi 1001 cerita.

 photo PB090007_zps16ff7bfa.jpg

Bunga Keladi Bunting (water hyacinth)

Terbaru Dari Laman Depan - Temu Pauh Dulu Dan Kini

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Temu pauh (Curcuma amada) yang saya tak berapa pasti bila mula dicambah di kebun depan, tapi berdasarkan date stamping pada foto nampaknya lebih awal sebelum Oktober 2012.

 photo P4081857_zps321e3d9f.jpg

Cerita Kebun

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Akhirnya tertangguh juga nak bercerita pasal kebun. Beberapa hari ni dok mengerjakan kandang arnab sebab nak ditinggalkan pergi Serdang selama 3 hari bermula semalam sampai esok. Tak sampai hati nak tumpangkan ke rumah jiran sebab dah 6 ekor pula yang dia nak kena tolong jagakan, dengan baby arnab tu pun tak boleh diganggu sangat takut stress pula ibu rabbit nanti. Selepas menyambung tangki minuman dan beli auto-feeder secara online, baru lah boleh tinggalkan rumah tanpa rasa bersalah. Weeee...


Putu Ku (Cucu Ku)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Ok kawan-kawan, saya perkenalkan cucu baru. 4 ekor kesemuanya. Hahaha.

 photo P6112167-1_zpsc1817cad.jpg

Satu Lagu 3 Versi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Tadi secara tak sengaja dah terpecah lubang yang Abahnya akan balik esok. Kononnya nak buat surprise kat budak kecik tak cukup umur ni. Suka tengok muka dia buat-buat terkejut bila tau Abahnya nak balik. Hehe.

 photo PC073501_zps10bab362.jpg

Bila dah ketahuan tu mula lah dia menyanyi lagu kegemaran dia. Saya teringat bulan lepas bila dapat berita yang sama, sepanjang hari menyanyi lagu tu. Tapi lirik berterabur sikitlah sebab ingat-ingat lupa Abah ajar dah beberapa bulan sebelumnya.

Pokok Ulam Raja Dan Sesuatu Yang Disembunyikannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekian lama menunggu nak tengok pokok ulam raja semaian sulung saya berbunga, akhirnya selepas lama ditinggalkan semasa musim hujan lepas ia berbunga juga. Pokok ulam raja ni sudah beberapa kali tumbang ditimpa hujan lebat dan dahannya berliuk lentok dalam arah berlainan kerana mengejar cahaya matahari disebalik tembok.

 photo PC223621_zps78e99b35.jpg

Apa Tu? Tu Apa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tak banyak cerita menarik dari kebun kecil depan rumah. Selain beberapa sayuran yang dah hampir tua - ulam raja dah mula berbunga, kailan dan sawi dah habis tuai (tak semai yang baru lagi), carrot sepokok yang tak berubi dan pokok terung yang parah diserang ulat!

  photo P1083723_zps908db08d.jpg

Fireball Yang Memanchor-Manchor!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bulb yang mengeluarkan bunga sejak beberapa hari lepas sudah semakin mudah untuk dikenalpasti. Nah, begini rupanya beliau kini.

 photo P1183751_zps318c78b5.jpg
Kalaulah saya ada kamera yang lebih bagus, mesti nampak lebih cantik :'(

Program Cuti Sekolah, November 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pada hujung November 2012, untuk pertama kalinya saya dan Sara ke Thailand melalui pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. Pengalaman pertama Sara melangkah keluar dari Malaysia. Dan muka pasport terbaik tahun ini:

Photobucket

Buah Tangan Dari Johor


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pulang dari Johor pada awal tahun baru 2013 emak mertua beri pokok nenas ni untuk ditanam di laman rumah. Nenas Batu katanya, dapat dari kawan setaman. Tak pasti pula khasiatnya tapi mertua kata bagus untuk ubat batu karang. Saya pun tak sempat lagi nak google di internet.

Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...