Selamat Hari Raya Aidiladha!

aidiladha tahun ini saya sambut tanpa suami di sisi..apakan daya, tuntutan kerja en. abang tidak mengizinkan..saya tidaklah berasa terkilan sangat, sementelah masih boleh berhubung melalui talian telefon dan internet..saya tau dia cuba dan berusaha membahagiakan saya walaupun kami berjauhan, dan saya sangat2 hargai itu..buat suami tersayang 'I Love U so much!'

saya kat rumah lebih banyak habiskan masa duduk di depan laptop (selain di depan peti sejuk ;p)..banyak lagi hal2 blogging yang saya perlu belajar, saya perlu make up page saya supaya nampak lebih cantik dan menarik minat saya supaya lebih rajin utk post entri baru..haha..peringatan utk yang mudah lupa..dan saya juga nak korek2 foto2 dalam hard disk ni yg boleh saya masukkan dalam topik2 selanjutnya..banyak cerita menarik yg tersembunyi, sayang pulak kalo saya tak abdikan dalam diari saya nih, mana tau satu masa nnt dapat lah anak2 saya baca catatan mama dorang nih..hihihi...

petang ni saya berhasrat utk memasak sesuatu yg belum diputuskan lg..hmmm, mungkin pengat sbb stok santan dan gula melaka ada dlm peti ais..pisang nangka dah survey tp takde, tp takpe, kita buleh buat pengat tepung je..masa tgh rajin ni tak buleh ditahan2, karang bila rajin dan bertukar menjadi malas agak susah nak carikan ubatnya! ;D

we're expecting!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sudah menjadi kemestian pasangan yang berkahwin menginginkan zuriat sendiri untuk menyeri rumahtangga, juga menambah bilangan ahli keluarga dan meramaikan umat Muhammad; begitu juga saya dan suami..hampir 5 tahun bersama, dan mencuba akhirnya kami sedang menunggu buah hati pertama kami! yayy!! saya sangat teruja menikmati detik2 menjadi seorang ibu, merasai gerak baby di dalam rahim (dan juga bengkak kaki yang sekejap2 surut sekejap2 datang ni..huhu)

post pertama..SELAMAT DATANG!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..salam 1Malaysia!

selamat datang ke blog saya..hari ni hari pertama saya cuba2 nak berblog ni, asyik membelek blog orang rasa seronok la pulak..saya rasa banyak yang boleh dikongsi bersama, apa lagi dengan aktiviti harian saya yg tak menentu - kadang2 bekerja, selalunya tidak..saya merasakan berblog membolehkan saya menghabiskan masa terluang saya dgn lebih baik..hehehe...

saya adalah seorang isteri kepada seorang suami..bakal dikurnia seorang cahaya mata..insya-Allah..separuh masa saya bekerja, separuh masa saya sebagai suri rumah saja..saya bekerja sendiri, yang mana saya akan kongsikan di posting yang lain..harap2 saya rajin meng'update' blog saya ni memandangkan saya pun bukan jenis yang rajin meng'update'2 nih..huhuhu....

ok, kita bercerita yang lain pulak..jumpa lagi! ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...