Mengintai Dari Tirai Kamar - Banyaknya Mangga..Orang Sebelah
Alam dan Manusia
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Cuaca sekarang kat Selangor berganti-ganti mendung dan
hujan. Sekejap-sekejap panas juga tapi biasanya tak lama. Pokok-pokok sekitar
rumah mula mengeluarkan bunga (ada yang disebabkan kurang siram semasa minggu
perayaan tempoh hari)
Bunga-bunga kecil yang cantik, tanda benih tak lama lagi boleh
dituai dan disimpan untuk semaian akan datang. Insya-Allah.
Hari ni masukkan gambar koleksi sepanjang minggu je. Layannn..
Ladybird dan holy basil
Program Merenung Terung ;p
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Program minggu ni – merenung terung. Hahaha. Tau je la betapa
seronoknya saya bila sayur yang saya tanam sendiri mula berbuah buat kali
pertama. Hari-hari akan cangkung belek. Kih kih. Pokok terung jenis pendek ni
saya pindahkan di patch depan. 5 pokok kesemuanya. Disemai dari biji benih yang
dibeli dari blog tanamsendiri.com.
Bunga terung pertama (yang tidak menjadi :p)
Kembang Dahlia Pertama
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Banyaknya bunga kat laman hari ni. Tapi yang paling
dinantikan hari ni adalah bunga Dahlia. Ditanam dari biji benih yang dibeli
dari tanamsendiri.com. Dari 4 pokok yang berjaya dipindahkan ke patch depan,
satu pokok ni yang paling besar dan mula berputik.
Balik dari kampung, disambut beberapa putik Dahlia
Update Blog Lepas Raya
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alamak, lamanya tak menulis. Mood perayaan masih terasa,
walaupun awal-awal lagi dah kena balik Selangor dan memerap je dalam rumah
sebab semua jiran belum balik dari kampung masing-masing. Haha.
Selamat Hari
Raya pada semua kawan-kawan yang rajin singgah di blog Maharani Kecik
Mohon ampun maaf
kalau ada terkasar bahasa, kalau ada terusik jiwa yea! >__~
Pagi Raya pertama di Muar
Cambahan Ogos
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bulan ni banyak juga semaian yang menjadi (memang semai benih
yang baru dan fresh untuk elak frust. Haha) Banyak semaian pertengahan Julai
terutama sekali dari jenis bunga yang tak mau tumbuh. Jadi concentrate tanam jenis
sayuran je la bulan ni. Hati senang perut pun kenyang (pujuk hati :’p)
Keledek kuning yang dikambus awal bulan dah mula berdaun lebat dan
menjalar
nak kacau pokok serai
Aktiviti Ramadhan
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Laman belakang yang sudah 2 minggu terbiar bersemak
gara-gara kehadiran ulat bulu hitam dan ulat buah yang meloncat-loncat di celah
rumput buat saya hampir tak berani langsung nak jejak kaki ke situ. Punya la
banyak ulat bulu tu, dalam sehari boleh jumpa lebih dari 10 ekor. Dah musnahkan
esok jumpa lagi. Lebih 10 ekor juga. Anak pulak asyik mengekor je kat belakang,
kesian pulak kalau terkena miang ulat bulu.
Apokobondo Nih?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hah, semalam petang semasa mengemas laman saya perasan pokok
kari saya berdaun coklat. Bukan sikit punya coklat, banyaaak! Mulanya saya
ingat terkena debu atau kotoran semasa saya menyiram sebab biasanya saya sembur
air dari jauh je (getah air pendek tak sampai laman belakang. Huhu)
Rupa-rupanya coklat sebab daunnya sudah rosak dilombong oleh makhluk
pelik-ajaib-tak-pernah-jumpa-plak-aku ni!
Snowalk I-City, Shah Alam - Revisited (Dan Kisah Di Sebaliknya)
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mengelakkan diri dari bercerita tentang makanan di bulan Ramadhan ni, saya twist sikit kepada cerita jalan-jalan. Dah lama juga tak buat entri jalan-jalan cari pasal kan. Walaupun pergi sana bulan lepas,
dah nak sama berkulat macam benih bunga matahari saya, tapi cerita la jugak
mana tau ada yang baru nak cuba-cuba pergi ke i-City; Snowalk khususnya. Kalau sesiapa
yang dah pergi banyak kali tu sila bersabar lah ye. Heheh.
Bulan lepas, asalnya dapat jemputan ‘memanaskan rumah’ kawan
lama yang sama-sama belajar semasa di Serdang dulu. Al-kisah rumah barunya kat
Klang, dapat la gather dengan sorang lagi bekas pelajar Animal Science Dept.
Baru 2nd time jumpa sejak convocation pada 2001 (dah lebih 10
tahun!), banyak sangat nak cerita sampai masing-masing satu gambar kenangan pun
tak ambil! *slap forehead
Siap sembang kawan sorang tu dah tergesa-gesa nak join
marathon kat Putrajaya pulak malamnya, tuan rumah dah tentu lah sibuk nak
melayan jiran dan sahabat taulan, kitorang apalagi lincah-lincah juga nak balik
tapi takde plan apa pun lepas tu sebenarnya. Haha.
Happy Birthday Papa!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni bersempena birthday Pak Bujal yang ke-3+ (kihkih), saya selit sikit gambar terbaru anak dara Abah ni. Sejak beberapa hari ni line telefon atas kapal tak berapa elok, cakap sekejap pun asyik terputus-putus. Harap-harap dapat lah ubat rindu Abah sikit. Tinggal berapa hari je lagi nak balik kan... ;p
Cuba teka macam siapa?
Langgan:
Catatan (Atom)