Eksperimen #05: DIY Indoor Vermicomposting Bin


 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Projek yang dinanti-nantikan. Tak dapat nak tunggu lama sebab kesian dekat cacing import (dari kampung) yang saya simpan dalam kotak KFC luar rumah. Setelah beberapa bulan dibiarkan saja di tepi tiang dan terlindung dari pancaran terik mentari, mereka masih mampu survive. Kemudiannya 2 kali saya cuba bawa lebih banyak cacing dari kampung tapi plastik tidak berpenghuni setelah diperiksa. Mungkin mati kerana kepanasan. Entah lah…

Dikenali juga sebagai worm castings, worm humus atau worm manure, vermicompost adalah produk akhir hasil penguraian bahan organik oleh cacing tanah. Baja ini dikatakan mengandungi bahan contaminants yang rendah dan lebih tinggi nutriennya berbanding bahan organik sama yang tidak diurai menggunakan kaedah vermicomposting (menggunakan cacing tanah). Vermicomposting menukarkan sisa dapur anda kepada vermicompost yang kaya dengan kandungan nutrient organik larut air,  baja organik dan soil conditioner! (sumber: Wikipedia).

Yok Skodeng Carrot!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Lobak merah ni saya semai pada 4 Mei 2012. Benih dibeli dari pasaraya. Dipindah ke tapak menanam pada 5 Jun 2012. Daunnya lebat (mungkin boleh memperdaya) tapi macam mana dengan ubinya? Jom tanya pada yang pakar (bukan saya :p)

Photobucket
Companion planting bersama bawang dan holy basil

Patch Depan Dah Siap! Pheww~


 Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Bersemangat betul menyiapkan kerja tertunda semalam. Tapi hari ni start awal sikit. Lepas  Sara sambung tidur jam 7am saya terus keluar pindahkan roselle, bangun-bangun, dahlia serta halia, temu pauh dan kunyit dalam polibeg untuk diletak bawah pokok bendi; ilham dari blog BangChik dan KakDah. Ramadhan tahun ni hampir setiap hari Sara terbangun jam 5am, ada juga teman saya nak bersahur :)

Photobucket

MISC-Labuan Incident


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Semalam kita dikejutkan dengan satu berita dari Labuan yang melaporkan kebakaran salah satu vessel milik Malaysia International Shipping Corporation (MISC), Bunga Alpinia. Letupan dilaporkan berlaku jam 2.30am di terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd, Labuan. Satu dilaporkan maut manakala empat orang lagi masih hilang.

Photobucket
Foto dari The Borneo Post

Patch Baru Separuh Siap


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Adoi laa..penatnya! Tapi kena juga siapkan sikit-sikit. Karang macam tadi, dua kali cangkul dah terkorek emas kuning hadiah kucing jiran. Arghh..tensen gue!
Semalam sempat susun batu je sebab bekalan elektrik dah masuk semula jam 4pm+. So dah tertengok My Kitchen Rules, siaran 6pm-7pm pulak tu (ni kira alasan ke hapa ni?) Hahaha.

Photobucket

Wordless Wednesday


 Wordless = =''


Photobucket


Masa Untuk Pulihara Kebun


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Bila dah lama tinggalkan rumah biasanya hari pertama di rumah saya akan termenung depan tingkap – tengok rumput yang subur dan tanaman yang makin layu kurang air. Mula lah pasang niat lepas ni tak mau tinggalkan rumah lama-lama lagi, kesian kat pokok yang tak terjaga. Tapi apakan daya, tiap-tiap bulan sebelum ni memang jadual penuh. Selain ikut suami berkursus perlu pula balik kampung atas bermacam sebab. Sejak berpindah ke sini memang tiap-tiap bulan balik Johor pun.

Photobucket

Daisy yang dibeli sebelum bertolak ke Kemaman. Layu sudah. Sobss

Malam Penuh Emosi - Entri Pendek Tanpa Gambar


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Malam yang penuh emosi bila Pak Bujal bersiap untuk kembali bertugas malam tadi. Mungkin kerana cuti 2 minggu kali ni terlalu banyak aktiviti diluangkan bersama si kecil Sara; atau mungkin juga kerana Sara sudah semakin besar dan mula faham konsep 'Abah pergi work' = Abah akan pergi kerja untuk jangkamasa yang lama. Satu saat yang tak akan dapat dilupakan dan saya pasti bulan-bulan seterusnya nak melepaskan Abah untuk pergi bertugas bukanlah sesuatu yang akan ditunggu-tunggu oleh Sara :(

Kurang Motivasi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 

Selepas beberapa hari dilanda hujan dan apabila mula terlihat kelibat pemotong rumput bermotorsikal berlegar-legar menanti mana-mana pemilik rumah yang berminat untuk mendapatkan khidmat, itu tandanya masa merumput dah bermula.

Photobucket

Wordless Wednesday


Di Petang Yang Mendung

Photobucket

Hari Menyemai Dan Log

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Dah lama tak masukkan entri baru. Selain sibuk dengan urusan keluarga, saya demam pula beberapa hari lepas. Bila keadaan dah ok baru boleh menulis dan bertani semula :)

Minggu lepas saya semai sikit benih yang baru diterima dari tanamsendiri.com. Ada chrysanthemum, kacang botor, roselle, forget me not, dill, purple coneflower, kacang panjang silver white, sawi bunga shanghai dan thyme. Cuba juga semai semula benih lobak putih. Semaian lepas cuma 2 biji yang bercambah tapi 1 je yang hidup. Masih menunggu hasil tunggal lobak putih yang ditanam celah bayam dan sawi. Tapi nampaknya setakat hari ini benih lobak putih masih tidak bercambah selepas 4 hari. Tak pasti apa masalahnya. Yang mula menunjukkan diri selepas hari ke-2 disemai hanyalah kacang panjang silver white, sawi bunga shanghai dan roselle.


Photobucket

Semaian baru di samping kanak-kanak dengan isyarat tangan yang pelik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...