Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setelah sekian lama tidak bereksperimen,
kali ni kita cuba buat baja sendiri pulak dan tengok hasilnya macam mana ;)
Bahan-bahannya mudah diperolehi, jimat dan tentu sekali organik!
Tambahan pula bila hari yang sepatutnya digunakan untuk berkunjung membeli baja
dan tanah di nursery sudah dihabiskan di AEON Anggun dan bersiar-siar di Daiso
mencari pasu. Huhuhu. So, kali ni kita proses baja yang sudah diperam lebih dua
minggu sebagai makanan untuk tanaman sekitar rumah. Sebenarnya lebih lama baja
ini diperam adalah lebih elok.
Memandangkan saya campur sedikit kulit mangga (sisa dapur
pada petang itu) dengan sisa kangkung tua dari laman belakang, hasil peraman berbau seakan pisang tamat tempoh. Baunya manis
saja, tidak busuk sama sekali. Saya mula memeram pada 10 Jun dan memerahnya pada 27 Jun - 17 hari.
Saya rujuk artikel di sini sebagai panduan. Muat turun 100 tip tanaman untuk lebih banyak maklumat berguna untuk pertanian baik. Tunjuk cara di sini hanya sebagai panduan dan membuktikan membuat baja hijau tidaklah sesusah atau serumit sehingga kita tidak boleh membuatnya sendiri di rumah. Longgarkan sendi-sendi anda dan mula memeram! :D