Terbaek Dari Ladang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Dah lama cuti dari update pasal perkembangan anak-anak pokok sebelah rumah. Tak banyak sangat nak cerita. Jom tengok!

Photobucket

Bunga-bunga matahari yang dah kembang.

Mystery Solved!




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Saya semai sedikit benih kailan bulan lepas. Selepas menunggu hingga set daun sebenarnya keluar (hampir 4 minggu juga) saya siram hari-hari dan tunggu anak pokok cukup besar sebelum dipindahkan ke tapak menanam. Ini batch kailan pertama yang akan saya tanam sendiri, mestilah sangat excited dan tak sabar nak tunggu hasilnya pula.

Photobucket

Bila dah dipindahkan ke tanah, punya lah terkejut ungka saya pagi esoknya bila tengok 4 pokok kailan yang baru ditanam petang sebelumnya tunggang-terbalik dengan kesan tanah yang bertaburan. Anak kailan ada yang patah dua dan ada pula yang akarnya di atas manakala daunnya pula tertanam dalam tanah. Tension sampai tak ada mood nak tangkap gambar. Huhu. Saya syak ini kerja kucing yang berniat melepaskan hajat, tapi check punya check tak ada pula bau atau apa-apa ‘hasil’ yang kurang menyenangkan. Pelik la juga sekejap.

What To Expect: Pneumonia dan Anak BALITA



 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Nota: BALITA dalam bahasa Indonesia adalah bawah lima tahun
Nota 2: Kronologi kejadian hanya sebagai rujukan. Sila berjumpa doktor atau pakar untuk nasihat perubatan. Kisah berdasarkan pengalaman dan ia tidak semestinya menepati situasi dan kondisi berlainan.


Ok, duduk diam-diam. Cerita dah nak mula.

3 Jumaat lepas (11 Mei 2012) saya dan Sara alami batuk-batuk. Menjelang sabtu malam sara demam. Petang tu pula Abahnya balik dari bertugas, jadi dia agak aktif la melompat-lompat – showing off new skills pada Papanya. Ahad pagi kami bertolak balik kampong di Muar, Johor. Sara masih demam on/off dan Isnin pagi kami pergi ke klinik untuk pastikan kenapa suhu badannya sangat tinggi walaupun sudah diberi ubat. Sara jarang demam dan kebiasaanya demam kebah dalam satu hari saja dengan hanya diberi syrup panadol yang dibekalkan klinik kesihatan.

Photobucket

Hari pertama batuk

Cuci Mata Part Two



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Selepas seminggu setengah, ini lah rupa jawapan yang saya cari.


Photobucket

Masih lambat nak jumpa buah jagung manis. Sebelum ni yang sebelah kanan lebih kurang saiz yang kiri tu, tinggi kurang lebih paras pinggang. Balik-balik tengok tetiba dia jadi tinggi hampir paras bahu.

Cuci Mata Sebelum Holiday




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Jom cuci mata tengok foto-foto ni sebelum tuan tanah ‘cuti-cuti holiday’ tah kemana tak tau lagi.
Ada sikit kemusykilan lah. Tolong saya. Teshu.

Photobucket

Pokok jagung manis. Kalau macam ni agak-agak lama lagi ke nak berbuah?

Photobucket

Anak pokok kacang hijau. Ada effect pada kualiti kompos tak kalau dibiarkan je rumpai ni?

Semaian 8 Mei 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


For my gardening log.

Tengahari 8 Mei terima bungkusan berisi benih yang dibeli dari blog tanamsendiri. Petangnya terus semai beberapa butir benih dari setiap jenis. Kali ni banyak buat pembelian benih bunga. Teringin nak mengisi laman depan yang kosong pula.

Photobucket

Living With A Two Years Old




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Entri panjang ini didedikasi untuk Anakanda tersayang

2 hari lepas Nur Qaisara Syuhada genap berumur 2 tahun 2 bulan, dan Mama dah terlewat 2 hari nak post entri ni. It is all because of you, my little princess.

Photobucket

Sara, berusia 2 hari

Situasi 1 jam sebelum lunch:

Mama kedek-kedek masuk dapur nak masak lauk tangahari. Sara sedang golek-golek dalam kolam berisi 100 biji bola  (nampak macam heaven je) sambil tengok Babytv. Mujur nasi dah masak awal dan ayam dah defrost. Hari ni tuai sikit kangkung dan cadang nak masak ayam kicap kesukaan Sara.

Tengah kupas bawang,

Sara: Mama, nak Miyo (Milo)
Mama: Nah, minum elok-elok. Duduk dulu baru minum. Jangan minum sambil berjalan ye Sayang.
Sara: Oyait (Alright). Teshu (Thank you)

Tak sampai seminit,

Bunga Timun Jepun




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


For my gardening log.

Pokok timun jepun dah berbunga 2 hari lepas. Seronoknya! Walaupun hati agak gundah sikit la bila tengok daunnya ada yang nampak kekuningan dan rabak-rabak digigit perosak. Tak jumpa pulak siapa punya angkara.

Photobucket

Baru saja terima benih baru dari Encik Iskandar kelmarin. Dah semai juga sikit-sikit termasuk markisa (buah ungu), marigold, ulam raja, petunia, dahlia, tomato ceri dan salad butterhead. Benih bunga matahari besar masih direndam, masuk jam ke 36. Akar belum cukup berkembang lagi.

Photobucket

Kelmarin benih lobak merah sudah bercambah. Alahai, macam mana la nasib korang nanti. Daddy dah nak balik, sure mummy sebok merayap lagi. Haii, tentatif dah panjang bersusun. Harap-harap tak perlu tinggalkan rumah lama-lama.


Resipi: Sandwich Sardin




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Niari cerita makan-makan pulak. Hehe. Takde la resepi hebat, sekadar varian sandwich yang simple tapi sedap dimakan. Saya belajar dari seorang kawan, seorang steward semasa saya ikut suami bertugas di atas kapal dagang 7 tahun lepas. Sangat sesuai dihidang pada majlis atau acara yang dihadiri kanak-kanak. Saya yang tua ni pun suka juga. Kekeke.

Photobucket

Emak saya dulunya seorang peniaga kantin sekolah. Kiranya saya ni anak makcik kantin lah. Garang tau saya dulu. Kehkeh. Gerun la sangat mendengarnya. Saya jual sandwich ni kat sekolah. Hot item you know!

Sandwich Sardin

Bahan-bahan:

6-8 keping roti putih*
Marjerin*
Mayonis - anggaran 1/3 cawan
1 biji bawang besar saiz sederhana – dipotong dadu kecil
1 biji tomato – didadu
1 tin kecil sardin – ditos sosnya
1 biji cili api – cincang halus
Sekeping keju cheddar – optional
Daun salad – optional
Sedikit garam dan gula – jika perlu

Cara-cara:
- campur semua bahan kecuali yang bertanda * dalam satu mangkuk. Siap.
- sapu marjerin atas roti
- letak sikit inti tadi, telangkupkan satu keping roti lagi di atasnya.
- boleh dipotong 3 segi atau memanjang.
- dah boleh di makan. 

p/s: Salad dan cheddar tu boleh dicincang kasar atau diletak sekeping-sekeping antara 2 keping roti.

Senang je. Tapi dulu saya panaskan dalam sandwich maker sejurus sebelum loceng rehat berbunyi. Makan panas-panas, roti masih rangup lagi. Yum yummm…


All credits goes to Rezan aka Larry. Thanks dude! :)



Update on Tulasi etc.



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


For my gardening log.

Semalam tulasi (holy basil) dah mula bertunas. Cepat juga pertumbuhannya, baru je disemai 5 hari lepas. Tak macam sweet basil, ambil masa berbulan! Huh! Saya nak gunakan tulasi sebagai 'buddy' disekitar edible garden kerana baunya boleh mengurangkan minat serangga perosak untuk berkunjung dan mengganggu tanaman.  Perosak yang paling terkenal menyuntik buahan dengan telurnya adalah lalat buah. Ia akan menyebabkan buahan seperti cili mengandungi larvae (ulat) apabila ranum. Walaupun sudah ada sweet basil, saya masih perlukan banyak tanaman jenis ini untuk bahagian lain edible garden saya.

Photobucket
 
Maklumat dan benih adalah dari tanamsendiri.

4 hari lepas, anak pokok cili besar juga sudah naik. Ia adalah dari batch semaian pada 27 April. Benih saya kumpul dari buah cili merah segar yang saya beli di pasar dan akhirnya kering di dapur :p

Semalam satu cambahan tomato baka MT1 juga sudah mula naik.

Sekarang tengah menunggu masa untuk bereksperimen dengan potato russet pula. Satiap hari hujan di sini sejak 3-4 hari lepas. Disamping memikirkan cara terbaik untuk elak serangan anai-anai nanti. Hmmm…


Menyemai Lagi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


For my gardening log.

Hari ni menyemai sikit benih lobak merah, lobak putih dan tulasi (holy basil). Saya pindahkan baki 3 pokok terung pendek ke tapak menanam (dalam polibeg juga), selain sawi, bayam dan ketumbar. Harap semuanya dapat tumbuh dengan baik.

Sara tolong menyiram pokok dan mengalihkan polibeg berisi tanah. Seronok betul dia. Sekejap-sekejap dia berdiri depan pintu sambil laung salam, lepas tu dia masuk jawab salam pulak. Hahaha. Tergelak tengok.

Photobucket

Kubu Kompos Dah Siap!




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Basah ketiak mengangkut bata. Kira workout juga nih. Kihkih. Mujurlah Sara sibuk berangan menyanyi dengan kartun pujaannya kat dalam. Biasanya bawak dia keluar untuk siram pokok waktu pagi tapi dia sibuk ‘buat kuih’ pulak. Silap-silap setengah jam je kat luar, mummy tak tahan nak vomit bau poopoo dia. Ceh!

Photobucket

Fortress in the making

Photobucket

Dah siap

Depan je cantik, belakang masih tak penuh lagi. Yang penting angin dapat masuk dan kompos dapat terurai dengan baik. Kompos yang baik tidak akan berbau busuk, baunya seakan segar hutan. Bau kayuan - itu adalah bau bahan organik yang terurai. Dan seronoknya saya terjumpa beberapa ekor anak cacing. ‘Tak sempat’ snap gambar sebab saya ‘malu’ lah. Erkk..

Photobucket

Perkembangan yang lain selain cambahan kalian dan cosmos yang semakin naik, bunga matahari juga sudah dipindah ke halaman. Cepat-cepat berbunga ye Miss SF.

Photobucket

Yang kiri sekali adalah pokok bunga telang sedang cuba beramah mesra dengan Miss SF di sebelahnya. Pokok bunga telang jenis pokok menjalar, mesti dia nak hugs Miss SF nanti. No way! Saya dah pisahkan sikit. Tegur dari jauh je.

Photobucket

Yang ni anak pokok timun jepun. Dah pandai memanjat tali pancang. Cepat betul dia melilit. Baru pindahkan 2 hari lepas. Hmm. Harap-harap dapat la peluang merasa timun tanam sendiri. Amin~


Buat Kompos / Baja Sendiri



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Longgokan kompos dari daun pokok mangga kering jiran sebelah dicampur rumput yang dicabut dan sisa mentah dari dapur (pastikan bebas minyak) yang berusia hampir 4 bulan nampak semakin matang dan sudah digunakan sedikit.

Photobucket

Dulu selalu juga rasa daun-daun kering ni menyemakkan ruang belakang rumah saya, tapi sejak mengikuti blog bertanam barulah tahu yang ianya boleh ditukar kepada baja/kompos berkualiti tinggi. Sekarang bersyukur, dapat bekalan daun kering free of charge sepanjang masa. Heheh. Ada juga campuran kertas dan kotak terbuang  yang sudah dikoyak kecil. Sambil-sambil siram pokok, curah sikit air atas timbunan daun kering ni supaya kompos cepat terurai. Apa pun saya akan betulkan sikit setting longgokan separa kompos ni supaya molek sikit dipandang mata, insya-Allah bila ada masa dan cukup bahannya.

Lepas ni nak cuba bina keberanian untuk bela cacing untuk kotak kompos bawah dapur pulak. Kena tunggu tuan blog habiskan artikel berkaitan dulu. Saya perasan dalam tanah sebelah rumah ni tak pernah pun terjumpa cacing masa bertanam, yang ada cuma anak-anak lipan dan anai-anai je. Tu maknanya tanah di rumah saya sangat kurang subur. Nampaknya kena import cacing dari kampung lah bulan depan. Err..err..bawak cacing naik keta. Sebenarnya saya sangat geli taw! Aww! Huhuh. Tapi organic gardening punya pasal, akan diturutkan juga lah. Fuuuu~~

 Photobucket

Bekas cambahan tomato dari cawan yogurt terpakai berlubang ditebuk anai-anai



Hari Menyemai



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Bersempena dengan pindah masuk ke rumah baru (pun takde la baru sangat, baru 7 tahun) saya bersemangat nak mulakan pembikinan edible garden saya dengan serius. Saya juga menyemai benih bunga yang dah lama saya beli dan masih dalam keadaan baik dalam simpanan – harapnya benih-benih ini bernas le. Ini termasuklah sayuran kalian, salad Hawaii, herba thyme, celery, parsley, chives (kucai), tomato baka MT (mini), cili besar, capsicum, pokok bunga seperti roselle, aster, delphinium dan cosmos. Benih kalian, salad Hawaii dan tomato MT saya dapatkan dari blog tanamsendiri, manakala selebihnya saya beli di pasaraya.

Saya menyemai pada 27 April jam 10 malam sebab jadual siang sangat packed. Buat masa ni benih kalian sudah bercambah. Saya lompat-lompat kegembiraan sekejap sebelum mendapat tahu yang kailan hanya boleh dipindahkan ke pasu selepas set daun ketiganya keluar antara 6-8 minggu lagi T__T. 1 cambahan cosmos juga dah menunjukkan diri.

Photobucket

Manakala tanaman lain yang sedia ada hanya perlu diselenggara sedikit. Rumput rumpai sudah dicabut. Pokok kacang panjang saja nampaknya sudah layu. Saya cadang nak betulkan semula binaan tali pancang dan letakkan anak pokok timun jepun sementara menunggu semaian kacang panjang yang baru.  2 anak pokok timun jepun sudah mula sibuk mengganggu pokok jagung yang ditanam bersebelahan.

Photobucket
Photobucket

Lilit baekk punya, sampai nak koyak daun pokok jagung.

Saya perasan sejak sampai di BTP, bila saya selalu belek dan siram at least 1 kali sehari (sebab sibuk berjalan kan) anak-anak pokok semakin cepat membesar. Nampak sangat lah betapa kurang kasih sayangnya mereka ni. Kesiann..

Photobucket
Perbezaan saiz anak pokok bendi; antara yang sudah dialih ke tapak menanam
 (dalam polibeg - belakang), dengan yang belum dipindahkan dari tapak semaian. Jauh sangat bezanya

Photobucket

Yang tumbang pun ada. Aii, merajuk nampak! 

Photobucket
Anak pokok tomato. Tumbuh dua dari enam butir benih yang disemai. 
Bila la nak besar ni.


New Resident In Da House! Armed!




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Alhamdulillah, akhirnya sampai juga hajat bermastautin di Bandar Tasik Puteri yang nyaman dan permai (permai ke?) ni. Walaupun berdua saja dengan si kecik Sara ni rasa sunyi sikit tapi lebih banyak peluang dan masa kami dapat habiskan bersama terutama sekali bila melakukan aktiviti di dalam dan luar rumah. Saya mesti belajar menangani rasa bosannya, dan Sara perlu belajar lebih banyak mengenai persekitaran dan aktiviti luar rumah. Kalau di Muar selama 2 minggu ketiadaan abahnya dia tidak jejakkan kaki keluar kerana faktor keselamatan. Rumah parents saya sangat terpencil dan beberapa kes misteri dan sadis pernah berlaku di sekitar kawasan tersebut buat saya fobia. Ohh, lupakan saja tentang itu…

Sebenarnya BTP ni pun bukannya sangat selamat juga. Biasa dengar berlakunya kes pecah rumah, rompakan bersenjata dan kes-kes terpencil lain yang diberitakan di forum BTP oleh penduduk di sini. Di mana-mana pun memang ada risiko berlakunya kejadian jenayah, kan? Jadi waspada tu memang perlu sentiasa ada tak kira di mana pun kita berada. Ditambah pula bila suami saya sendiri dengar dari mulut kawan yang dah lama menetap di sini sudah sekali kerugian puluhan ribu apabila rumah dipecah masuk, dan sekali lagi nyaris berlaku tetapi mujur sudah dipersiapkan segala sistem keselamatan yang memberi amaran kepada perompak dan pemilik yang keluar sebentar mengambil anak di sekolah.

Jadi bila dicampur tolak segala maklumat, persamaannnya begini:
Suami over protective + isteri fobia + cerita kawan = (paranoid)3
Kesimpulan : arghh, mesti pasang sistem keselamatan rumah juga!

Jadi kami pasang juga lah sistem tu. Memang kos boleh tahan juga, tapi dibandingkan dengan segala kemungkinan  yang mungkin berlaku, suami jauh lebih rela mengeluarkan duit dari membahayakan nyawa insan-insan kesayangannya yang ditinggalkan berdua ni. Peh, ayat tak hengat baii..

Banyak produk sistem keselamatan yang ada dalam pasaran sekarang. Ada yang online, ada yang offline. Means, ada yang kena bayar bulanan untuk khidmat central yang memberi maklumat terus kepada pihak berkuasa dan ada juga yang hanya memberi amaran kepada pemilik rumah sekiranya berlaku pecah masuk di premis kediaman yang mana ia hanya perlukan kos sekali seumur hidup (one-off). Khidmat central tetap ada untuk memaklumkan kepada pemilik premis melalui talian telefon mudah alih yang didaftarkan tanpa bayaran bulanan. Bagus kan? Samada sudah memiliki sambungan land line atau tidak, sememangnya ada sistem keselamatan rumah yang sesuai untuk anda.

Ini bukan promosi produk, saya bukan ejen jualan mana-mana sistem keselamatan. Sekadar mengingatkan keperluan sistem keselamatan yang perlu difikirkan sekiranya tinggal di kawasan berisiko berlakunya jenayah. Berdasarkan pengalaman saya dan suami, kami sangat sedar malang itu tidak berbau. Bukan menolak qada’ dan qadar tapi kami sudah beberapa kali berdepan dengan jenayah dan malang yang takde bau membuatkan kami sentiasa rasa diri tidak selamat dan sedar betapa ramainya pelaku jenayah yang ada di sekitar kita tanpa disedari. Beringat sebelum terkena.

Saya selalu berasa sangat terusik dengan kesedihan keluarga mangsa jenayah. Saya tahu sistem keselamatan secanggih mana bukan jaminan kita selamat dari segala bahaya, tetapi saya tidak rela menangis kerana kecuaian atau menyesal kerana tidak beringat semasa saya berpeluang melakukannya. Saya tidak mahu kalah sebelum berikhtiar dan mencuba. Selebihnya terpulang pada ketentuan Yang Esa.

Untuk kawan-kawan saya, just take care and be safe ya :)


Catatan Blog Terbiar




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pergh, cukup 2 minggu tak mengisah pasal nak menulis di blog. Tapi memang 2 minggu ni sangat padat, ketat dengan program dan adventur hebat. Dari Muar ke Ulu Tiram, singgah di Batu Pahat, tidur di Muar lagi sekejap, terus membawa ke Rawang, belok sikit ke Kelana Jaya. Belum kira lagi konar ke  Ampang. Ahh, tetiba rasa macam nak sakit pinggang pulak (walhal memang la sakit pinggang, asik duduk dalam kereta je kejanya). Itu la pasal selalu disebutkan, ‘Ingat masa lapang sebelum masa sempit’. Iskkkhh…

Bukan saja  hal blog, malah hal pokok-pokok, hal Travian, hal Facebook (eh?) pun semua tak kisah dah. Malam tadi bila Pak Bujal dah naik kerja semula baru la rasa macam stress tu dah kurang sikit. Masa untuk slow down menghayati masa lapang. Kihkih. Stress pun bukannya pasal apa, pasal asyik berurusan di luar. Bila diingat-ingat macam 1-2 hari je dalam seminggu kitorang betul-betul duduk kat rumah, yang lainnya mestilah nak kena keluar juga. Kalau tak ikut macam rugi la pulak..kan…keh keh keh.

So, cerita dua minggu nanti mana yang best saya akan cuba tulis lain kali lah. Projek tanaman yang sempat dibuat pun cuma menyemai benih dan merumput u___u|| . 

Oh ya, sempat juga mencuba menanam taugeh di dapur sendiri ikut versi rakan blogger, ejaMaria. Insya-Allah esok boleh dimakan, nak bubuh dalam soto. Hehe.

Photobucket

Perkembangan taugeh hari ke-3

Versi saya mungkin akan datang saya akan post 1 entri berkaitannya. agak leceh sikit tapi tak apa lah, sekadar variasi. Mungkin appearance end result nya agak berbeza, begitu juga dengan methodnya sesuai untuk sesetengah orang lain pula :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...