I Love Small Garden


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Seronoknya kalau saya ada taman bunga atau herbs garden sendiri. Melihat saja landskap yang berwarna warni dengan bunga-bungaan, dan taman herba yang menghijau pasti akan menarik mata siapa sahaja yang memandang. Rasa nyaman, tenang, dan bebas tekanan! 

Photobucket

Photobucket

Resipi: Puri Kentang dan Kari 5 Minit


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hari-hari makan nasi, apa kata tukar menu beli kentang pula. Dua minggu lepas saya beli banyak kentang sebagai stok. Tapi akhirnya kentang-kentang masih tak terusik sebab kekurangan idea nak memasak. Google di web dan akhirnya terjumpa bermacam-macam resipi berasaskan kentang. Giler ah, banyak juga resipi yang senang dan boleh dicuba! Kesiannya aku tak tau. Huhuhu.

Ni satu resipi yang saya dan cuba dan tersangatlah sedap. Dah dua kali buat dalam minggu ni untuk minum petang. Goreng rangup-rangup, rasa macam roti canai pun ada juga sikit-sikit. Saya ambil resipi di sini (sila rujuk untuk tips dan komen mereka yang pernah mencuba). Terima kasih pada pemilik resipi. Saya copy paste dan edit sikit je lah ye ;)

Weehooo! Saya Menang Lagi!


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Ini pengalaman pertama saya menyertai giveaway (GA) di blog. Paling seronok bila ini adalah blog pertama yang saya ikuti, blog yang paling saya suka dan saya kunjungi tiap-tiap hari! Cakap banyak pun tak guna, nah tengok di sini 

Tempat pertama memenangi Learning Kitchen worth RM219.90!

Photobucket

Mahal tuu barang-barang mainan berjenama Fisher-Price ni. Kalau tak berapa perlu memang tak mimpi la nak beli. Hehehe. Dah dapat free memang seronok. Thanks to Fisher-Price judges, and thanks so much to diyanazman.com!

Syukur Alhamdulillah...

Salesman(@girl) Yang Menjengkelkan atau Gores dan Menang?


Assalamulaikum dan selamat sejahtera,


Korang pernah tak semasa berjalan-jalan dalam pasaraya besar seperti Carrefour atau Tesco, mana-mana saja lah sambil menolak troli sarat muatan, didatangi oleh salesman atau salesgirl yang sibuk menabur kata-kata manis bak madu memperkenal produk ajaib lagi bermutu keluaran syarikat masing-masing?

Ada sesetengah dari mereka akan dengan sopannya menjemput kita mencuba dulu barangan, melihat demo atau menerima cenderahati dengan syarat duduk sebentar mendengar penerangan mereka tentang jenama dengan harapan untuk memperkenalkan jenama mereka ‘sahaja’ katanya. Sudah beberapa kali terkena dan akhirnya duit beribu terbang untuk membeli barangan yang memang sesetengahnya sangat bagus dan berkualiti, manakala sesetengahnya dibeli hanya kerana nafsu. Hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...